Francesco Totti berhasrat untuk menangguhkan persaraannya dan terus bermain selepas membayangkan "satu pengembaraan baru" semasa perpisahan penuh emosi dalam penampilan terakhirnya bersama Roma.
Ikon kelab itu tampil dari bangku simpanan untuk membantu Roma mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Genoa dalam perlawanan terakhir Serie A musim ini, mendapat tempat kedua dan automatik layak ke Liga Juara-Juara.
Totti dijangka mengambil peranan sebagai bukan pemain di Roma selepas disahkan dia tidak akan menandatangani perjanjian baru tetapi dalam ucapan memilukan di Stadio Olimpico pada awal pagi tadi, dia menyatakan mungkin mengubah fikiran.
"Saya suka untuk memikirkan kerjaya saya sebagai kisah dongeng -- dan ini adalah bahagian yang paling teruk," kata Totti. "Sekarang ia benar-benar berakhir.
"Saya menanggalkan baju saya untuk kali terakhir. Saya akan lipat dengan baik, walaupun saya perlu mengakui tidak bersedia untuk mengatakan ia berakhir dan saya mungkin tidak akan bermain.
"Maaf jika dalam tempoh ini saya tidak memberi ruang temuramah atau menjelaskan fikiran saya tetapi ia bukan mudah untuk berhenti.
"Sekarang saya takut. Ketakutan itu tidak sama seperti berada di depan gol apabila anda perlu menjaringkan penalti. Kali ini saya tidak boleh melihat melalui lubang-lubang jaring.
"Oleh itu, izinkan saya menjadi sedikit takut. Kali ini saya sendiri yang memerlukan anda. Apa yang anda sentiasa tunjukkan kepada saya. Dengan kasih sayang anda, saya pasti akan menukar halaman dan meletakkan diri dalam pengembaraan baru. "
Totti menamatkan kerjaya bersama Roma selepas bermain 47,098 minit dalam Serie A, bersamaan dengan 32 hari dan 17 jam, dan dia mengenang gelaran tunggal Serie A yang dimenanginya pada 2001.
"Adalah mustahil untuk membuat kesimpulan 28 tahun dalam beberapa ayat," kata Totti. "Saya ingin berbuat demikian dengan lagu atau puisi tetapi saya tidak boleh menulis apa-apa.
"Selama ini, saya cuba untuk menjelaskan diri melalui kaki saya, yang membuat segala-galanya lebih mudah untuk saya sejak dari kanak-kanak lagi.
"Bercakap tentang zaman kanak-kanak, anda boleh meneka apa mainan kegemaran saya? Bola sepak, sudah tentu! Dan ia masih hari ini.
"Pada satu ketika dalam kehidupan, anda membesar -- itulah yang saya diberitahu dan itulah masa yang memutuskan.
"Kembali pada 17 Jun 2001, kami semua mahu masa bergerak sedikit pantas. Kami tidak sabar untuk mendengar pengadil meniup wisel penamat. Sehingga sekarang saya masih merasai kemenangan itu.
"Hari ini, masa menyentuh bahu saya untuk berkata: "Kami perlu berkembang. Esok anda menjadi dewasa. Tanggalkan seluar pendek dan kasut kerana bermula hari ini, anda adalah seorang lelaki. Anda tidak lagi menikmati bau rumput, sinaran mentari di bawah gawang pasukan lawan, adrenalin memakan diri anda dan disambut kegembiraan.
"Sejak beberapa bulan yang lalu, saya bertanya kepada diri mengapa saya terjaga daripada mimpi ini. Bayangkan anda seorang kanak-kanak yang mempunyai impian... dan ibu anda kejutkan anda untuk pergi ke sekolah. Anda mahu terus bermimpi... anda cuba tergelincir kembali ke dalam mimpi itu tetapi anda tidak boleh.
"Kali ini, ia bukan satu impian tetapi realiti. Dan saya tidak lagi boleh tergelincir kembali."
Penulis Jemputan
Mon May 29 2017
Conte harap Ranieri berjaya bersama Roma
Antonio Conte berharap segala-galanya akan berjalan lancar untuk Claudio Ranieri selepas dia keluar daripada persaraan untuk mengendalikan Roma.
Serie A: CEO Roma letak jawatan dalam amarah penyokong
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AS Roma, Lina Souloukou meletak jawatan berikutan kemarahan penyokong-penyokong kelab Serie A Itali itu terhadap pemecatan pengendali Daniele De Rossi pada Rabu lalu.
UEL: Roma kejutkan AC Milan
Kelab gergasi Itali, AC Milan, perlu bangkit serta-merta selepas tewas dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Eropa UEFA (UEL), menentang AS Roma di San Siro, awal pagi tadi.
Di sebalik kekecewaan, Kluivert akui peroleh 'kenangan indah' bersama Roma
Justin Kluivert mempunyai 'kenangan indah' dari zamannya di Roma, tetapi percaya dia membuat keputusan yang tepat dengan meninggalkan gergasi Itali itu untuk mencari bola sepak pasukan utama.
Mourinho tidak pasti Dybala akan kekal bersama Roma
Jose Mourinho masih ragu-ragu mengenai masa depan Paulo Dybala di Roma berhubung hubungan pemain Argentina itu dengan perpindahan ke Chelsea pada musim panas ini.
Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho, telah dikenakan penggantungan 10 perlawanan pada permulaan musim Serie A atas komen yang dibuatnya mengenai pengadil.
Liga Europa: Sevilla julang kejuaraan buat kali ketujuh
Gonzalo Montiel sekali lagi menjadi wira Sevilla dalam penentuan penalti selepas pasukan itu merangkul gelaran Liga Europa buat kali ketujuh sekaligus memberikan kekalahan pertama kepada pengurus Roma, Jose Mourinho di pentas final.
UEL: Sevilla berpengalaman, Roma miliki kualiti tersendiri -- Jose Mourinho
Pengendali Roma, Jose Mourinho berkata, enam trofi Liga Europa yang dimenangi Sevilla sebelum ini akan dikira sedikit apabila menentang pasukannya pada perlawanan akhir esok di Budapest.
Prestasi kelab Itali di Eropah baik untuk Serie A
Simone Inzaghi telah mengucapkan tahniah kepada Milan dan Napoli kerana menyertai Inter pada suku akhir Liga Juara-Juara dan berkata ia adalah 'langkah besar' untuk Serie A.
UEL: Mourinho tidak mahu Roma selesa susulan atasi Sociedad
Roma mungkin menang 2-0 ke atas Real Sociedad dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa tetapi ketua jurulatih, Jose Mourinho, enggan menyifatkan ia keputusan yang baik.
McSweeney devastated by Australia omission ahead of India fourth Test
McSweeney devastated by omission
NBA: Magic match franchise record with 25-point comeback in win over Heat
Magic rally from 25 down, beat Heat
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal