Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengumumkan pelantikan bekas pemain Kanada, Rob Douglas Friend, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, sekali gus peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.

Rob Friend telah melakukan sebanyak 32 penampilan antarabangsa bermula dari 2003 ketika berusia 22 tahun sehingga 2011 ketika beliau berusia 30 tahun.

Rob Friend bermula sebagai rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah dari 2014 sehingga kini.




Kemudian dari 2017 hingga 2021, dia menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta.

Bermula 2019 hingga sekarang, Rob Friend merupakan rakan kongsi pengurusan di SixFive Sports Fund, badan pelaburan dalam bola sepak profesional dan infrastruktur melalui pemilikan kelab, stadium dan pembangunan kemudahan latihan.