Teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez, berkongsi amalan sihat yang dilakukan bintang Al-Nassr itu setiap hari bagi memastikan kekal di tahap yang terbaik.

Ronaldo yang menginjak usia 40 tahun menjelang 5 Februari akan datang, terus menampilkan kualiti di atas padang sebagai pemain yang cukup prolifik di kancah Liga Pro Saudi serta di peringkat antarabangsa.

Menerusi satu temubual, Georgina, mendedahkan rutin harian Ronaldo yang cukup berdisiplin bagi memastikan dia sentiasa berada di tahap terbaik.

"Ronaldo bangun seawal jam 6 pagi. Dia bangun dan melakukan latihan. Dia juga seorang yang mengamalkan minuman air yang banyak di sebelah pagi kerana dia sentiasa berfikir untuk memulakan hari memerlukan tubuh badan yang sihat dan kuat.

"Kemudian dia akan berehat, sarapan pagi dan selepas itu ke gim untuk latihan bebanan. Dia akan meluangkan masa selama dua jam untuk berlatih kemudian berehat. Pada tengahari pula, dia akan menikmati masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Akhir sekali, sebelum tidur pada waktu malam, dia akan berenang di kolam kerana ia amat baik untuk dilakukan untuk menamatkan hari yang panjang."

A post shared by Uwiringiyimana Peter (@uwiringiyimanapeter)