Berakhirnya musim bola sepak Eropah 2016/2017 turut menyaksikan juga pengakhiran karier dua pemain yang luar biasa pada pengamatan penulis iaitu John Terry dan Francesco Totti.
Kenapa penulis mengatakan dua pemain itu luar biasa? Ia kerana kedua-dua mereka menghabiskan karier profesional selama lebih sedekad bersama sebuah kelab iaitu Chelsea dan AS Roma.
Peminat bola sepak Malaysia sudah pasti lebih sinonim dengan kelibat Terry berikutan populariti Liga Perdana Inggeris (EPL) di sini.
Walaupun penulis bukan peminat Chelsea, namun penulis amat mengagumi kelibat Terry sebagai seorang pertahanan ampuh di EPL dan juga England.
Penulis turut bertuah kerana berpeluang menyaksikan kelibat Terry sebanyak empat kali (2003,2008,2011 dan 2013) ketika kunjungan Chelsea ke Malaysia berdepan skuad kebangsaan.
Lima kejuaraan EPL, lima Piala FA, tiga Piala Liga, satu Liga Juara-juara Eropah dan satu Liga Europa sudah cukup melengkapkan kerjaya gemilang Terry.
Namun, di peringkat antarabangsa Terry gagal meraih sebarang kejuaraan utama bersama England walaupun melakukan 78 penampilan dan beraksi di dua Piala Dunia bersama Three Lions.
Terry menamatkan kerjaya profesionalnya ketika berusia 36 tahun.
Berbeza dengan Totti, legenda Itali ini menamatkan kerjaya ketika sudah menjangkaui usia 40 tahun.
Totti turut lebih cemerlang di peringkat antarabangsa apabila membarisi skuad Itali yang muncul juara Piala Dunia 2006.
Secara keseluruhan, Totti meraih 58 kaps antarabangsa dengan sembilan gol, manakala di peringkat kelab dia melakukan 618 penampilan dan 250 gol.
Totti meraih satu kejuaraan Serie A dan dua Coppa Italia.
Sudah pasti peminat bola sepak seluruh dunia akan merindui kelibat dua pemain ini yang tampak memiliki aura tersendiri dalam mengetuai pasukan masing-masing.
Penulis percaya kedua-dua pemain ini meletakkan pasukan sebagai keutamaan berbanding kepentingan menerima tawaran lumayan kelab lain.
Fadzrie Hazis
Mon May 29 2017
Totti yakin Tonali mampu jadi pemain seperti Gerrard, De Rossi, Lampard
Francesco Totti yakin Sandro Tonali mampu menjadi antara pemain tengah terbaik dunia seperti Steven Gerrard, Frank Lampard atau Daniele De Rossi.
Totti mahu lihat Lazio tumbang
Francesco Totti berharap cabaran Lazio mengejar gelaran Serie A akan tergugat apabila musim 2019-20 bersambung.
Totti: Roma terpaksa lepaskan Alisson
Ikon AS Roma, Francesco Totti, mengakui bahawa kelabnya terpaksa menjual Alisson Becker kepada Liverpool tatkala mereka tidak mampu menolak tawaran rekod dunia buat seorang penjaga gol.
Totti jadi pengarah Roma
Francesco Totti akhirnya mengesahkan dia tidak akan berusaha untuk melanjutkan kerjaya sebagai pemain dan sebaliknya akan memainkan peranan luar padang di Roma.
Dua pilihan menanti Totti
Presiden Tokyo Verdy, Hideyuki Hanyu, yakin bekas penyerang Itali, Francesco Totti, tidak akan menyertai mana-mana pasukan dalam Liga MLS Amerika Syarikat sebaliknya akan memilih sama ada untuk kembali ke Roma atau menyarung jersi pasukan Liga J2 Jepun itu.
Messi anggap Totti 'luar biasa'
Lionel Messi memberi penghormatan kepada Francesco Totti dengan menyifatkan sebagai "luar biasa" selepas legenda itu bermain dalam perlawanan terakhirnya untuk Roma dalam Serie A, kelmarin.
Terima kasih JT dan Totti
Berakhirnya musim bola sepak Eropah 2016/2017 turut menyaksikan juga pengakhiran karier dua pemain yang luar biasa pada pengamatan penulis iaitu John Terry dan Francesco Totti.
Totti: Saya tidak bersedia untuk bersara
Francesco Totti berhasrat untuk menangguhkan persaraannya dan terus bermain selepas membayangkan "satu pengembaraan baru" semasa perpisahan penuh emosi dalam penampilan terakhirnya bersama Roma.
Totti boleh bermain untuk mana-mana kelab besar -- Ramos
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, menganggap Francesco Totti sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dan berasakan legenda Roma itu boleh bermain untuk mana-mana kelab terbesar di dunia.
Totti pemain luar biasa – De Rossi
Pemain Itali, Daniele De Rossi memberikan penghargaan buat kapten Roma, Francesco Totti dalam penampilan terakhir penyerang itu bersama kelab yang penuh emosi.
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal
Genoa 1-2 Napoli: Anguissa and Rrahmani lift Conte's side to Serie A summit
Report: Genoa 1-2 Napoli
McKenna: Newcastle had 'too much' for Ipswich in thumping defeat
McKenna honest in Ipswich defeat