Muzaffar Musa
Fri Jun 03 2022
Coco Gauff mara ke final kejohanan grand slam buat kali pertama selepas menewaskan Martina Trevisan 6-3, 6-1 dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis malam tadi.
Gauff tidak melepaskan sebarang set dalam laluannya ke separuh akhir di Paris dan Trevisan juga hanya tewas satu set kepada Leylah Fernandez dalam perlawanan terakhir, sekali gus menjadikan pertemuan kedua-dua pemain itu di Gelanggang Philippe-Chatrier sebagai aksi tumpuan.
Kedua-dua pemain tidak dapat mengekalkan penguasaan dalam set pertama, di mana mereka saling bertukar empat mata break sebelum Gauff mula mempamerkan belangnya.
Pemain nombor 23 dunia itu melakukan pukulan ke sudut sukar bagi mengelakkan pukulan kencang Trevisan, yang memperoleh 113 winner sepanjang lima perlawanan pertama kejohanan itu.
Gauff, 18, meraih kemenangan dalam set pertama selepas pukulan terakhir Trevisan terkeluar gelanggang, di mana pemain Amerika Syarikat (AS) itu mempamerkan aksi kemas untuk menyempurnakan empat daripada enam mata break.
Dia kemudian melonggarkan aksi dalam set kedua tetapi masih mampu untuk berada di depan di kedudukan 3-1.
Trevisan, yang menghalami kecederaan pinggul kanan sejak dari awal permainan, gagal mengejar kedudukan untuk Gauff memenangi perlawanan itu selepas pertarungan selama sejam 26 minit.
Menanti Gauff dalam perlawanan akhir adalah pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek.
Terbuka Perancis: Gauff ke final grand slam pertama selepas atasi Trevisan
Coco Gauff mara ke final kejohanan grand slam buat kali pertama selepas menewaskan Martina Trevisan 6-3, 6-1 dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis malam tadi.
Terbuka Perancis: Ruud cipta sejarah buat Norway selepas tewaskan Rune
Casper Ruud menjadi pemain lelaki Norway pertama layak ke separuh akhir kejohanan grand slam selepas menewaskan pemain remaja, Holger Rune, dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.
Tenis Terbuka Eropah: Rublev padam kelebihan Tsitsipas muncul juara
Andrey Rublev menuju ke Roland Garros dengan menjamin gelaran ketiga musim ini selepas Stefanos Tsitsipas membiarkan kejuaraan Terbuka Eropah terlepas daripada genggamannya dalam perlawanan akhir di Hamburg, sebentar tadi.
Ramos ucap tahniah kepada Nadal selepas juarai Terbuka Perancis
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, merakamkan tahniah kepada Rafael Nadal selepas legenda tenis itu meraih mahkota ke-10 Terbuka Perancis, awal hari ini.
Djokovic waspada ancaman Thiem
Pemain Serbia, Novak Djokovic, tidak menganggap pertemuan sebelum ini boleh dijadikan ukuran sebaliknya berwaspada dengan ancaman yang menanti menjelang pertemuan suku akhir bertemu Domonic Thiem dalam saingan Terbuka Perancis.
Federer: Saya hanya akan beraksi di gelanggang tanah liat di Roland Garros
Roger Federer mendedahkan dia akan hanya beraksi di gelanggang tanah liat di Terbuka Perancis buat tahun 2017, untuk memastikan dirinya dapat rehat yang secukupnya.
Edey praises Grizzlies' mentality in crushing win over Raptors
Edey praises Grizzlies mentality
Amorim has 'no idea' when Man Utd will improve
Amorim admits 'idea needs time'
Daigneault lauds 'masterpiece' Gilgeous-Alexander performance in Pacers win
Gilgeous-Alexander praised by coach
Slot uses Man City slide as warning for rampant title-chasing Liverpool
Slot warns against complacency
Verstappen: Social media makes friendship with Norris sound worse
Verstappen: Social media affects it
Smith ton puts Australia in control against India
Australia in control on day two
NBA: Gilgeous-Alexander scores 45 as Thunder win ninth straight
Red-hot Thunder beat Pacers
Van Nistelrooy sees Anfield loss as missed opportunity for Leicester
Van Nistelrooy rues missed chance
Piroe brace lifts Leeds to Championship summit
Leeds go top of Championship
Latest Liverpool title challenge 'feels different', says Salah
Salah: Reds title bid 'different'