Penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil, tampak menolak untuk menerima hakikat bahawa skuad Harimau Malaya lebih hebat berbanding pasukannya.

Ini walaupun keputusan semalam tidak memihak mereka dengan faktor pemain tidak mempunyai aksi kompetitif dalam tempoh dua bulan jadi alasan kekalahan itu.

"Pemain-pemain kami tidak berada di tahap terbaik kerana persiapan kami masih lagi belum bermula," katanya.

Lubnan terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 di tangan Malaysia hasil jaringan Romel Morales.