Tiga wakil judo negara iaitu Haykal Redzuan, Sti Nor Aisyah, dan S Kamini terpaksa berpuas hati di tempat keempat Sukan SEA Kemboja selepas tewas dalam perlawanan penentuan pingat gangsa bagi kategori masing-masing, hari ini.

Bagi kategori B-70kg, Haykal memberi tentangan sengit kepada pihak lawan dari Indonesia, Muhammad Alfiansyah, tetapi mengakui kekurangannya sendiri sebaik pertarungan diheret ke masa tambahan.

"Saya boleh lawan wakil Indonesia itu tadi tapi kecergasannya di tahap lebih baik daripada saya.

"Mungkin selepas ini saya perlu 'cari' lagi kecergasan," kata Haykal.

Turut ditimpa nasib yang sama adalah Kamini dalam kategori B-57kg ketik menentang wakil Vietnam, Nguyen Ngoc Diem Phivie.