Atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, mahu menjadikan keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai pembakar semangat buat dirinya pamer aksi terbaik di Sukan Komanwel 2022.

Amir yang bakal buat penampilan sulung di Sukan Komanwel meletakkan sasaran untuk mara ke pentas suku akhir.

Untuk rekod, atlet kelahiran Pulau Pinang itu berjaya menghadirkan satu kilauan pingat gangsa buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Vietnam 2021 menerusi kategori 73 kilogram.

Selain Amir, skuad judo kebangsan turut mempertaruhkan seorang atlet wanita iaitu Kamini Sri Segaran yang akan beraksi dalam kategori bawah 57 kg.

Skuad judo kebangsaan kendalian jurulatih Md Nashriq Md Nassir, dijadualkan berlepas ke Birmingham 23 Julai ini.

"Saya mendapat 8A itu bakal dijadikan sebagai pembakar semangat di Birmingham. Saya menyasarkan layak ke suku akhir. Gangsa di Sukan SEA adalah pengukur bagi memastikan saya terus cemerlang dalam Sukan Komanwel nanti," kata Amir.