Muzaffar Musa
Wed Aug 12 2020
Daniel Sturridge masih ada urusan yang belum selesai dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan terdesak untuk kembali menyertai liga divisyen utama England itu.
Pemain berusia 30 tahun itu tidak mempunyai pasukan selepas meninggalkan Trabzonspor pada Mac lalu, di mana dia tidak dapat bermain buat pasukan itu gara-gara digantung selama empat bulan berikutan melanggar undang-undang pertaruhan Persatuan Bolasepak England (FA).
Bekas penyerang Liverpool, Chelsea dan Manchester City itu menjaringkan 76 gol daripada 218 penampilannya dalam EPL dan walaupun masih boleh bermain di negara lain, Sturridge masih berkeinginan untuk kembali ke negara asalnya, England.
"Kami mempunyai pilihan di serata dunia tetapi saya seorang pemain England dan saya mahu kembali bermain dalam EPL," katanya kepada Sky Sports.
"Saya percaya masih banyak yang boleh saya berikan dalam EPL dan ia merupakan pilihan utama saya.
"Saya berasakan seperti ada urusan yang masih belum diselesaikan, jadi saya mahu kembali dan bermain di sana.
"Saya terbuka untuk beraksi dalam liga lain, bukan hanya memikirkan mengenai EPL tetapi untuk kembali ke England dan memberikan yang terbaik merupakan satu pilihan yang besar.
"Saya amat teruja, saya lebih bernafsu berbanding sebelum ini dan amat-amat fokus untuk membuka lembaran baru," katanya.
Sturridge mengekalkan kecergasannya di Los Angeles dan percaya statusnya sebagai pemain ejen bebas menjadikannya sebagai pilihan yang menarik untuk pasukan yang berpotensi.
"Saya mahu berfikir bahawa saya adalah antara pilihan yang terbaik buat beberapa pasukan.
"Saya pemain ejen bebas dan saya pernah bermain bersama banyak pasukan terkemuka di serata dunia.
"Saya sudah bersedia untuk membantu mana-mana pasukan untuk berjaya dan menjadi sebahagian besar daripada perancangan mereka.
"Saya percaya masih banyak yang saya boleh sumbangkan.
"Walaupun saya sudah lama tidak bermain, saya boleh katakan yang perjalanan saya masih jauh dan saya masih mampu untuk melaluinya," katanya lagi.
Sturridge terdesak mahu kembali ke EPL
Daniel Sturridge masih ada urusan yang belum selesai dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan terdesak untuk kembali menyertai liga divisyen utama England itu.
Salah cergas hadapi City
Jurgen Klopp menjangkakan Mohamed Salah akan bersedia untuk diturunkan menjelang aksi bertemu Manchester City pada malam esok, sambil pengendali Liverpool itu mengelak untuk bercakap soal Daniel Sturridge dan Naby Keita.
Masa depan Sturridge masih belum terjamin
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp enggan memberi jaminan terhadap masa depan Daniel Sturridge di Anfield.
Klopp: Masa depan Sturridge masih jadi tanda tanya
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak memiliki kepastian mengenai masa depan Daniel Sturridge di Anfield, menegaskan ia merupakan keputusan yang tidak akan dibuat sehingga penghujung musim ini.
Ancelotti salutes Madrid's 'commitment and desire' following Sociedad victory
Ancelotti salutes Madrid desire
Women's Champions League semi-finals finely poised
Women's UCL semi-final preview
Leicester City seal automatic Premier League return
Leicester City will be back in the Premier League next season, following Leeds United's capitulation at Loftus Road on Friday.
Chicago Fire v Atlanta United: ‘Think like champions’ urges Giakoumakis
Preview: Chicago v Atlanta
NBA: Haliburton lifts Pacers to 2-1 lead; Wolves take 3-0 lead and Mavs go up 2-1 on Clippers
Tyrese Haliburton converted a 3-point play in the waning seconds of overtime to give the Pacers a win over the Bucks and a 2-1 lead
Thomas Cup: Dream start for Malaysia after thrashing Hong Kong 5-0
Malaysia have one foot in the Thomas Cup quarter-finals after the national team made the perfect start in this prestigious event by demolishing Hong Kong 5-0 in their Group D opener on Saturday.
New York Red Bulls v Vancouver Whitecaps: Facing Eastern Conference teams ‘like going to the casino’
The Vancouver Whitecaps head to the Big Apple to face the New York Red Bulls for the first time since May 2019 on Saturday.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes
Liverpool agree compensation deal for Slot
Liverpool agree deal for Slot