Penyerang sensasi, Erling Haaland, dijangka bakal terlepas aksi Piala FA Inggeris bertemu Chelsea awal pagi esok.

Pemain yang berasal dari Norway itu, digantikan dengan pemain dari Argentina, Julian Alvarez, sebelum masa tambahan perlawanan menentang Real Madrid tempoh hari.

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.

Dalam masa sama, Guardiola turut mengesahkan bahawa penyerang itu telah mengalami kecederaan ringan tetapi masib belum dipastikan tahap kecergasannya.

"Haaland mengalami sakit di bahagian otot. Pihak pegawai perubatan masih memantau keadaannya dan masih belum memaklumkan status terkini berkenaan kecederaanya," katanya.

Guardiola berpendapat, player akan menjadi sangat penat dengan jadual yang padat pada penghujung musim.

Dia berkata: "Boleh dikatakan normal walaupun bermain dengan jumlah perlawanan yang banyak dan berintensiti tinggi.

"Kami meletakkan tekanan yang tinggi dalam setiap permainan kami dan kami merasai kepenatan itu. Mereka juga adalah manusia," tambahnya.