Dukacita melanda pemain negara, Akhyar Rashid, apabila menjadi mangsa kes samun yang difahamkan berlaku di sekitar Kuala Terengganu sebentar tadi.

Menurut perkongsian dari wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, telah dikejarkan ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan.

Akhyar, yang baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-25 pada semalam bersama rakan-rakan dan keluarganya bertukar tragedi malang di sebalik sedang meraikan hari kelahirannya itu.

Semoga tiada kecederaan serius yang dialami oleh Akhyar dan memohon pihak polis segera menangkap suspek berkenaan.