Berbaki kurang daripada dua minggu sahaja lagi sebelum bermulanya saingan musim baru Liga Super, Kuching City, memperkenalkan set jersi terbaru mereka untuk musim baru ini menerusi video yang cukup menarik.

Bagi mengharungi cabaran musim baru, Kuching City menampilkan 'perisai' baharu mereka, memperagakan jersi yang mengekalkan tradisi warna putih dalam video yang dimuat naik menerusi laman X sebentar tadi.