Pengurus baru Inter, Luciano Spalletti, berkata beliau akan mendapatkan khidmat pemain tengah Fiorentina, Borja Valero, musim panas ini.

Pemain berusia 32 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke San Siro jika Ever Banega mengambil keputusan untuk kembali menyertai Sevilla.

Spalletti, yang mula meminati Valero ketika beliau mengendalikan Roma, mendedahkan bahawa dia masih berminat untuk melihatnya beraksi bersama skuad kendaliannya.

"Borja Valero memiliki kualiti untuk bermain sebagai nombor 10, dia mampu menggerakkan jentera serangan dan jarang kehilangan bola," kata Spalletti.

"Dia juga mampu memimpin pasukan dan Inter sangat memerlukan kualiti itu. Saya memerlukan beberapa pemain seperti Valero."

Pengurus baru Inter, Spalletti, yang telah menandatangani kontrak selama dua tahun, meminta sasaran pasukan dan ingin membuat penilaian yang rapi dan mendapatkan pemain-pemain yang sesuai.

"Melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL) merupakan antara sasaran yang paling minimum. Kami akan cuba bersaing dengan Roma, Juventus dan Napoli untuk merebut gelaran Scudetto."