Adakah sesiapa yang ingat perjuangan mengelakkan relegasi daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) sesengit musim ini?
Dengan saingan musim 2022/23 kini memasuki selekoh terakhirnya, lapan kelab ketika ini dipisahkan hanya 11 mata, dan sesiapa saja antara mereka boleh berkesudahan dalam kelompok tiga terbawah untuk turun ke Liga Kejuaraan musim depan.
'Supercomputer' LegalSportsbooks meramalkan Everton, Nottingham Forest dan Southampton akan mengisi kedudukan berkenaan, meninggalkan kelab-kelab seperti West Ham, Leeds United dan Leicester City kekal dalam saingan tertinggi sekurang-kurangnya semusim lagi.
Menurut ramalan komputer itu, Southampton akan mengutip hanya lima mata lagi untuk berkesudahan di tangga terbawah.
The Saints dikatakan akan diiringi oleh Forest dan Everton, dengan kedua-dua kelab itu ditelah akan gagal menyelamatkan diri menerusi perbezaan jaringan dengan Leicester.
"Everton, Nottingham Forest dan Southampton tidak akan terselamat dalam perjuangan relegasi ini. Pasukan-pasukan di atas mereka akan menang lebih dan seri kurang daripada The Toffees dan Forest, yang kesudahannya akan menjadi pemutus dalam jurang mata dengan tiga kelab terbawah,” kata jurucakap LegalSportsbooks seperti dipetik laman sportsbible.com.
Laman squawka.com pula merumuskan Southampton sesekali memukau dengan hantaran kemas tapi kekurangan penguasaan di sepertiga terakhir padang serta kekalutan di benteng memisahkan mereka dengan yang lain.
Hal yang sama menyaksikan kelab itu dibimbing pengurus ketiganya musim ini, dengan Ruben Selles menggantikan Nathan Jones, yang sebelum itu mengambil alih daripada Ralph Hasenhuttl.
Berbaki tujuh perlawanan, Southampton terperosok di tangga tercorot dan hanya menang dua daripada sembilan perlawanan terakhirnya sejak dikendalikan Selles, dengan mengalahkan Chelsea dan Leicester.
Sebaliknya, setelah tersisih daripada EPL untuk satu tempoh yang panjang, penyokong Forest harus gembira melihat kelab mereka bersaing dengan “budak-budak besar” sekali lagi.
Pengurusnya, Steve Cooper, harus mendapat pujian kerana mengemudi skuad The Garibaldi daripada kelompok bawahan Liga Kejuaraan kepada Liga Perdana.
Namun, selepas mengharungi 31 perlawanan, mereka gagal mencatat kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir, dengan tujuh kekalahan dan tiga seri – hairannya turut mengikat Manchester City -- untuk sekadar menempatkan diri di tangga ke-18.
Everton pula terselamat pada penghujung musim lalu dan penyokongnya harus mengharapkan pengurus, Frank Lampard, mampu menghindarkan mereka daripada turun. Malangnya, kekalahan kepada West Ham pada Januari menyaksikan dia dipecat.
Penggantinya, Sean Dyche, menghadirkan harapan apabila mengalahkan pendahulu, Arsenal, dalam perlawanan pertamanya pada Januari.
Everton pernah seketika mendaki ke tangga ke-16 dengan menang satu dan seri tiga – termasuk 2-2 dengan Chelsea dan 1-1 dengan Tottenham -- daripada rentetan lima perlawanannya disusuli kekalahan kepada Manchester Utd dan Fulham, yang menurunkan mereka setakuk ke tangga ke-17.
Sebaliknya, Leicester yang kini di tangga ke-19, diramalkan akan mengalami perubahan nasib selepas Dean Smith menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat tapi masih bergantung kepada keputusan perlawanan penting dengan Wolves, Leeds dan Everton selepas ini.
Daripada pasukan-pasukan yang menghampiri zon relegasi sebelumnya, Crystal Palace harus paling bertuah. Berikutan pemecatan Patrick Vieira gara-gara rentetan 12 perlawanan tanpa menang, penggantinya Roy Hodgson mampu menyuntik keajaiban dengan tiga kemenangan berturut-turut mengalahkan Leicester 2-1, Leeds 5-1 dan Southampton 2-0.
Menduduki tangga ke-12 ketika ini dan sembilan mata di atas zon relegasi, skuad The Eagles itu dijangka tidak lagi tergugat.
Asmawi Bakiri
Wed Apr 19 2023
Piala EFL: Kecederaan Jota menakutkan Liverpool
Diogo Jota telah memberikan Liverpool satu lagi kegusaran dengan pengendalinya, Arne Slot mendedahkan penyerang itu diragui untuk pertembungan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) di Southampton pada Khamis.
EPL: Erling Haaland pacu Manchester City ke puncak liga, Guardiola puji strategi Russell Martin
Manchester City berjaya menduduki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan tunggal Erling Haaland seawal minit kelima memacu kemenangan pasukannya menewaskan Southampton 1-0 di Stadium Etihad, malam tadi.
EPL: Arsenal akan sentiasa cari jalan, kata Arteta selepas atasi Southampton
Mikel Arteta memberikan pujian kepada barisan pemain Arsenal selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates lewat malam tadi.
EPL: Aksi cemerlang Onana jadi momentum kemenangan Man United
Erik ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana menafikan sepakan penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan apabila mengatasi Southampton 3-0 di laman lawan.
EPL: Man Utd kembali menang, mudah atasi Southampton di tempat lawan
Naib juara Perisai Komuniti, Manchester United, kembali di landasan kemenangan menewaskan Southampton di Stadium St. Mary dalam aksi Liga Perdanan Inggeris (EPL) selepas kecewa di tangan Liverpool bulan lalu.
Kehadiran penyokong final play-off Liga Kejuaraan lebih ramai dari final Piala FA
Masih lagi segar dengan kemenangan tidak dijangka Manchester United ke atas jiran mereka, Manchester City, terdapat satu berita berkenaan kehadiran penyokong yang agak mengejutkan
Southampton kembali ke EPL, lengkapkan 20 pasukan musim depan
Southampton menjadi kelab terakhir melengkapkan senarai 20 pasukan yang akan bertanding di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.
EPL: Southampton tolak tawaran ketiga Liverpool dapatkan Romeo Lavia
Liverpool terus kecewa dalam pemburuan pemain tengah Southampton, Romeo Lavia.
James-Ward Prowse kini jadi buruan Tottenham Hotspur
Tottenham dalam usaha untuk memasuki persaingan untuk menandatangani pemain tengah Southampton, James-Ward Prowse bagi merampas perpindahan West Ham untuk bintang England itu.
EPL: Kepulangan Mitrovic pacu kemenangan Fulham, Southampton sah turun liga
Southampton tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan apabila kepulangan Aleksandar Mitrovic selepas digantung lapan perlawanan membantu Fulham meraih kemenangan 2-0 di Stadium St Mary lewat malam tadi.
Akanji: Premier League title no longer Man City's aim
Akanji gives up on league title
'Many things to improve' for history-chasing Sabalenka
Sabalenka has much to improve
Manchester City 1-1 Everton: Pickford penalty heroics earn Toffees a point
Report: Man City 1-1 Everton
Atalanta looking to hold off threat of chasing pack
Atalanta lead, chasers close in
Van Dijk: I love Liverpool and Liverpool loves me
Van Dijk: I love Liverpool
Konstas had no fear of facing Bumrah due to being 'young and a bit naive'
Konstas had no fearof Bumrah
LeBron: Christmas belongs to the NBA
James: Christmas is our day
Sporting sack Amorim's replacement Pereira after just eight games
Sporting sack Pereira
Celtics win shows 76ers' potential, says Embiid
Embiid: Celtics win shows potential
Guardiola: Man City in danger of not qualifying for Champions League
Pep: Man City might not reach UCL