Ousmane Dembele menjadi hero Paris Saint-Germain (PSG) selepas menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk memastikan pasukannya menewaskan Monaco 1-0 untuk menjulang trofi Piala Super Perancis kali ke-13.

Jaringan tunggal perlawanan memastikan juara Ligue 1 itu muncul mencipta sensasi sama untuk musim ketiga berturut-turut di Stadium 874, Doha, awal pagi tadi.





PSG mendominasi aksi dengan serangan berbahaya ke kubu Monaco tetapi ketangkasan Philipp Kohn kerap mengecewakan jentera serangan pasukan lawan.

Namun, hantaran kemas Fabian Ruiz pada minit ke-91 melintasi gawang dengan akhirnya Dembele yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola untuk jaringan kemenangan buat PSG.






PSG akan meneruskan cabaran berdepan St Etieene dalam aksi Ligue 1 minggu depan, manakala Monaco akan berkunjung ke Nantes.