Muzaffar Musa
Mon Nov 06 2023
FIORENTINA 0 JUVENTUS 1
Gol awal yang dijaringkan Fabio Miretti memberikan Juventus kemenangan tipis 1-0 ke atas Fiorentina dalam perlawanan Serie A di Stadio Artemio Franchi awal pagi tadi.
Miretti menjaringkan gol tunggal perlawanan itu pada minit ke-10 tetapi Juve juga perlu berterima kasih kepada barisan pertahanan kental mereka dalam meraih kemenangan penting berkenaan untuk kini hanya dibezakan dua mata dengan pendahulu liga, Inter Milan.
Fiorentina kemudian menguasai hampir keseluruhan baki aksi di laman sendiri tetapi mereka gagal mencari jalan untuk mengatasi penjaga gol Juve, Wojciech Szczesny.
Perlawanan itu berisiko untuk ditunda berikutan ribut yang melanda wilayah itu sepanjang beberapa hari lalu dan pemain kedua-dua pasukan memperingati mangsa-mangsa ribut berkenaan menjelang sepak mula perlawanan.
Juve memperoleh jaringan daripada serangan pertama yang dilakukan mereka, di mana barisan pertahanan Fiorentina terpedaya dengan gerakan pantas yang dilakukan pelawat dan kegagalan Fabiano Parisi memintas bola menyaksikan Filip Kostic memperoleh ruang yang mencukupi untuk melakukan lorongan kepada Miretti, yang kemudian melakukan percubaan ke 'near post' untuk menewaskan Pietro Terracciano.
Tuan rumah kemudian memberikan respons dengan percubaan bertali arus ke arah gawang Juve tetapi gagal menembusi barisan pertahanan kental pelawat.
Elon Musk berminat beli Liverpool
Elon Musk dikhabarkan berminat untuk membeli pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, menurut penjelasan yang dimaklumkan oleh bapa jutawan itu, Errol Musk.
Ranking Harimau Malaya melonjak ke-132 dunia
Ranking skuad Harimau Malaya melonjak tujuh anak tangga daripada berada di tangga ke-138 untuk berada di kedudukan ke-132 ketika ini.
JDT bina hubungan erat bersama Paris Saint-Germain, jalin kerjasama skala besar
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengatur pertemuan bersama delegasi gergasi kelab bola sepak dunia, Paris Saint-Germain (PSG), bagi tujuan menjalinkan hubungan dan membentuk satu perjanjian di antara kedua-dua pasukan tersebut.
AFC umum tarikh saingan Piala Asia Arab Saudi 2027
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan tarikh bagi Kejohanan Piala Asia Arab Saudi 2027.
Luka Modric permata bola sepak -- Carlo Ancelotti
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, memuji Luka Modric sebagai 'permata dalam sukan bola sepak' selepas pemain tengan veteran itu mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu pasukannya melakar kemenangan mengatasi Deportiva Minera 5-0 dalam saingan Copa del Rey, awal pagi tadi.
Pernah tewas kepada JDT, empayar kelab paling berjaya China ini telah ‘mati’
Gergasi bola sepak China, Guangzhou, berkemungkinan menghadapi kepupusan kelab susulan gagal mendapatkan lesen bertanding dalam saingan liga divisyen kedua, sekali gus mengakhiri sejarah yang tercipta.
AC Milan benam Inter untuk julang Piala Super Itali
Jaringan minit akhir Tammy Abraham melengkapkan kebangkitan AC Milan menewaskan Inter Milan 3-2 untuk muncul juara Piala Super Itali di Stadium Universiti King Saud, Riyadh, awal pagi tadi.
Amorim mahu Joshua Zirkzee terus kekal bersama Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, komited untuk mengekalkan Joshua Zirkzee bersama pasukan walaupun pemain itu disunting beberapa kelab termasuk Juventus.
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' -- Kapten Liverpool
Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk, beranggapan Manchester United seperti 'tidak dihormati' selepas pasukan itu melakar keputusan seri 2-2 berdepan pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, semalam.
Piala Shopee: Terengganu buru mata penuh bertemu Shan United
Menjelang saingan Piala Shopee menentang Shan United, ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, tidak memandang rendah tuan rumah yang ketika ini berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan dua kekalahan.
Vinicius handed two-match suspension, cleared to play in Supercopa
Madrid's Vinicius gets two-game ban
Arteta insists wasteful Arsenal were the better team against Newcastle
Arteta: Arsenal were better team
Isak is 'the best in Europe', declares Gordon after EFL Cup win
Isak is 'best in Europe'
Ben Stokes dubs himself 'Bionic Man' after hamstring surgery
Ben Stokes dubs himself Bionic Man
Arsenal 0-2 Newcastle United: Isak and Gordon put Howe's men on brink of final
Report: Arsenal 0-2 Newcastle
Postecoglou does not welcome VAR trial in EFL Cup semi-finals
Ange not happy about VAR trial
Raphinha: Olmo saga could put players off joining Barcelona
Olmo saga could deter Barca targets
Scholes: INEOS have done nothing positive for Man Utd
Scholes takes aim at INEOS
Kyrgios surprise inclusion in Australia Davis Cup team
Kyrgios named for Davis Cup
Pelicans’ Williamson set to return to lineup
Pelicans’ Williamson set to return