Ranking skuad Harimau Malaya melonjak enam anak tangga daripada berada di tangga ke-138 untuk berada di kedudukan ke-132 ketika ini.

Menurut perkongsian daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menjelaskan badan induk itu komited dalam usaha untuk meningkatkan ranking FIFA skuad kebangsaan.

Malah, aksi berdepan Nepal pada Mac depan dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 bakal menjadi ujian pertama anak buah Peter Cklamovski dalam misi layak kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia itu.






"FAM meletakkan fokus pemerkasaan permainan skuad kebangsaan adalah untuk mendaki ranking FIFA dengan menganjurkan lebih banyak perlawanan antarabangsa membabitkan negara dengan ranking lebih tinggi.

"Pada tahun lalu, Harimau Malaya telah berdepan beberapa pasukan ranking lebih tinggi pada pentas Piala Asia seperti Korea Selatan yang menghuni tangga ke-23 dunia, Jordan (64) dan Bahrain (81).

"Bukan itu sahaja, skuad kebangsaan turut menentang beberapa pasukan ranking lebih tinggi seperti Oman (80), New Zealand (89), Thailand (97), Kyrgyzstan (107) dan Lubnan (112).






"Ujian pertama Harimau Malaya tahun ini adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 dengan pertemuan menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac depan.' katanya dalam perkongsian di laman X.