Crotone menampilkan prestasi terbaik di penghujung musim 2016-17 apabila menewaskan Lazio 3-1 dalam perlawanan terakhir, sekaligus menyebabkan Empoli tersingkir ke Serie B.

Kemenangan di tempat sendiri ke atas Inter Milan dan Udinese telah membantu Crotone yang dibimbing Davide Nicola untuk kekal dalam Serie A dalam musim pertama mereka.

Bagaimanapun, skuad Squali itu turun menentang Lazio dari kedudukan ke-18 dan mengharapkan Empoli tewas menentang satu lagi pasukan yang telah pun tersingkir, Palermo.

Selepas pemain sayap, Andrea Nalini, memberikan pendahuluan buat Crotone pada minit ke-14, Diego Facinelli menambah gol kedua lapan minit kemudian sebelum Ciro Immobile merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke-26.

Nalini mengesahkan kemenangan buat Crotone apabila menjaringkan gol ketiga 15 minit selepas babak kedua bersambung untuk mengesahkan tempat Crotone dalam Serie A musim depan.