Kapten Selangor, Safuwan Baharudin, menjelaskan pada hari kejadian rakan sepasukannya Faisal Halim disimbah asid mereka baru sahaja pulang daripada undangan rumah terbuka.

Dia yang mengetahui melalui panggilan telefon mengakui terkejut dengan insiden yang berlaku kerana sebelum insiden tersebut mereka baru sahaja berjumpa.

Kini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu dalam peroses pemulihan dan dijangkakan akan membuat penampilan pertama dalam tempoh tiga minggu lagi untuk kembali mendapatkan rentak permainannya.





"Pertama kali dengar semestinya terkejut, sebab pada hari kejadian kami semua sepatutnya menghadiri undangan rumah-rumah terbuka kerana minggu itu penuh dengan rumah terbuka.

"Sebelum insiden itu berlaku kami saling bertanya untuk memenuhi undang rumah terbuka.

"Jadi Mickey adalah orang pertama yang menghadiri rumah terbuka itu hingga lepas zohor saya dapat panggilan telefon, dan dalam whatsapp telah tular gambar Faisal tengah duduk lepas disimbah asid.

Selepas itu semuanya tidak menentu, kami baru jumpa dan baru pulang dari rumah terbuka."katanya dalam satu podcast yang tular.