VALENCIA 0 BARCELONA 1
Xavi sedar Barcelona beraksi goyah di Valencia tetapi tetap percaya dengan kemampuan barisannya sebelum Robert Lewandowski meledak gol kemenangan di Mestalla dalam masa kecederaan.
Perlawanan sengit itu tampak akan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan sebelum Lewandowski menyambut hantaran lintang Raphinha bagi meredakan tekanan yang ditanggung Barca kebelakangan ini.
Selepas tersingkir daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) dalam musim kedua berturut-turut sebelum tewas 0-3 kepada Bayern Munich di tempat sendiri, Khamis lalu, The Blaugrana terdesak mencipta kemenangan bagi memulihkan semangat mereka.
Bercakap selepas perlawanan, pengurus itu menegaskan betapa minggu lalu telah memberi implikasi terhadap prestasi pasukannya dengan berkata: "Ini satu kemenangan yang sangat bermakna. Kami berjuang hingga saat terakhir. Kami tidak pernah berhenti percaya.
"Kami beraksi dengan kebimbangan, UCL memberi kesan kepada kami. Rabu lalu membebankan kami. Kami menderita. Apabila memasuki kawasan lawan, kami berdepan kesukaran. Kami tidak dapat buat keputusan dengan tepat akibat kebimbangan yang timbul.
"Kami beraksi lebih baik daripada Valencia dan kami berhak meraih kemenangan ini. Ia bukanlah satu persembahan yang hebat, kami tidak mendapat inspirasi tetapi kemenangan ini penting."
Gol Lewandowski pada minit ke-93 itu merupakan jaringan ke-13 musim ini untuk enam gol di depan pencabar terdekatnya -– Borja Iglesias (Real Betis) dan Joselu (Espanyol) yang mengumpul tujuh gol) -– bagi perebutan Pichichi.
"Jaringan itu terhasil menerusi kualiti," katanya lagi.
"Robert berada di sini untuk membuat perubahan. Saya fikir ia mungkin ofsaid kerana dinamik yang kami ada.
"Tetapi kami perlu bertambah baik. Kami perlu membuat keputusan yang lebih baik. Perlawanan ini mungkin berakhir seri dan mungkin bertukar drama, ia tidak sepatutnya seperti itu. Kami telah banyak meningkat, kami di laluan tepat."
Kemenangan itu meletakkan Barca di puncak LaLiga dan memintas Real Madrid yang akan beraksi menentang Girona di laman sendiri, malam ini.
Shaiful Shamsudin
Sun Oct 30 2022
LaLiga: Situasi Dani Olmo merisaukan, Barcelona bakal terlepas khidmatnya?
Ejen Dani Olmo, Andy Bara, mengesahkan pemain kebangsaan Sepanyol itu akan kekal di Barcelona walaupun rayuan kedua untuk pendaftarannya ditolak.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Dany Olmo mungkin tidak dapat mewakili Barcelona bermula 1 Januari ini selepas rayuan kelab itu untuk pendaftaran sementara pemain antarabangsa Sepanyol itu bagi baki musim ini ditolak.
Ferran Torres alami kecederaan betis
Penyerang Barcelona, Ferran Torres, diketepikan buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan betis dalam kekalahan 2-1 Barcelona kepada Atletico Madrid.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Barcelona mendaki ke tangga kedua dalam carta Liga Juara-Juara (UCL) selepas jaringan lewat Ferran Torres memastikan skuad Blaugrana membenam Borussia Dortmund 3-2 di Signal Iduna, awal pagi tadi.
Polis Sepanyol tingkat angka dakwaan kes rasuah pengadil cecah RM39 juta
Polis Sepanyol telah meningkatkan nilai wang yang diterima oleh bekas Naib Presiden Jawatankuasa Pengadil (CTA), Jose Maria Enriquez Negreira, oleh Barcelona antara 2001 dan 2018 kepada EURO8.4 juta, berikutan siasatan yang dijalankan.
Barcelona perlu belajar menang tanpa Lamine Yamal
Hansi Flick menggesa Barcelona mencari jalan untuk menang tanpa kehadiran Lamine Yamal, kerana dia terlepas perlawanan kedua berturut-turut kerana kecederaan buku lali.
Deco harap Pedri perbaharui kontrak bersama Barcelona
Pengarah sukan Barcelona, Deco, berharap Pedri akan menandatangani kontrak jangka masa panjang baharu bersama kelab dalam masa terdekat, ketika kontrak pemain tengah itu bakal berakhir pada 2026.
LaLiga: Barcelona terpaksa akur tewas kali kedua
Pendahulu LaLiga, Barcelona, terpaksa menelan hakikat kekalahan buat kali kedua dalam kempen liga kali ini dalam aksi penuh kontroversi ketika berdepan dengan Real Sociedad, di Stadium Anoeta, awal pagi tadi.
UCL: Gol berganda Lewandowski bantu Barcelona atasi Red Star Belgrade
Bintang serangan, Robert Lewandowski, menjaringkan satu gol dalam setiap separuh masa ketika membantu Barcelona menewaskan Red Star Belgrade 5-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Rajko Mitic awal pagi tadi.
LaLiga: Barcelona selesa di puncak liga dengan jurang sembilan mata
Barcelona mendahului dengan sembilan mata di puncal LaLiga selepas melakar kemenangan 3-1 mengatasi Espanyol dalam aksi Derby Catalan di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.
Lopetegui warns West Ham of Man City's threat despite recent struggles
Lopetegui: Be wary of Man City
Inter do Inzaghi proud in Supercoppa Italiana
Inter going beyond expectations
Atalanta boss Gasperini defends Supercoppa Italiana team selection
Gasperini defends team choice
Poor December finish proves Chelsea not in title contention, says Colwill
Colwill: Chelsea not in title race
Silva concedes Man City 'completely out of title race'
Silva: Man City out of title race
Inter 2-0 Atalanta: Dumfries double sends Inzaghi's side into Italian Super Cup final
Report: Inter 2-0 Atalanta
Bavuma insists Maphaka 'not on trial' ahead of history-making Test debut
Maphaka to make Proteas history
Napoli have chance at Serie A summit as Roma desperate for win against Lazio
Napoli can open gap on title rivals
Juventus boss Motta: Conceicao not phased by family reunion
Conceicao unphased by family ties
Rodgers suggests Celtic's lead influenced poor Rangers showing
Rodgers: Lead influenced us