Berakhir sudah saingan Liga Malaysia musim 2023 di mana Johor Darul Ta'zim gah di atas selepas raih 'Double Quadruple'.

Tapi kita juga boleh raikan kemeriahan saingan Piala MFL yang menjadi medan terbaik buat pemain bawah 23 tahun tempatan menonjolkan bakat mereka.

Lebih signifikan adalah Selangor FC yang berjaya beri peluang kepada ramai pemain-pemain muda, lebih-lebih lagi musim ini mereka berjaya beri debut senior kepada empat lagi pemain muda iaitu Ruventhiran (22 tahun), Faiz Amer (20 tahun), Muhammad Abu Khalil (18 tahun) dan Rauf Salifu (21 tahun).



Walaupun Selangor hanya akhiri saingan Piala MFL di separuh akhir, namun itu tidak menidakkan mereka sebagai pembekal utama skuad Malaysia B23 untuk hadapi Piala Asia B23 2024 di Qatar.

Ini selepas antara 26 pemain yang dipanggil ke latihan pusat, lapan darinya adalah dari Selangor.



Tapi ini tidak menidakkan bahawa pasukan lain juga mampu sediakan pentas terbaik untuk pemain muda sekaligus menyediakan 'ubi' terbaik buat Harimau Malaya.