Dia memberikan ucapan itu kepada Faisal dalam satu posting yang dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia menerusi laman Instagram.
Sebelum ini, Faisal yang lebih mesra disapa 'Mickey' itu merupakan senjata utama ketika dibawah kendalian pengendali berusia 55 tahun itu.
Untuk rekod, sepanjang bersama Harimau Malaya, Faisal telah beraksi dalam 34 perlawanan dan telah menjaringkan 15 gol serta tujuh bantuan jaringan.
Selepas melalui fasa yang penuh trauma, pemain lincah bertubuh kecil itu giat bekerja keras untuk menempah tempatnya kembali dalam skuad negara serta kembali mendapatkan prestasi sebenarnya.