Kecemerlangan Saddil Ramdani dalam perlawanan Liga Super di antara Sabah dan Penang di Stadium Bandaraya pada Jumaat lalu menobatkannya sebahgai Pemain Paling Bertenaga Extra Joss minggu ini.

Pemain Indonesia itu memulakan pesta gol 4-0 Sabah dengan menjaringkan gol pembukaan Sang Badak dengan jaringan jarak jauh seawal minit kedua.

Tanpa diduga, Saddil melepaskan rembatan lencong kaki kiri dari sebelah yang tepat menuju ke penjuru kiri atas gawang Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.