Penyerang Brazil, Rodrygo, menandatangani perjanjian baru dengan Real Madrid untuk mengekalkannya di kelab itu hingga 2028.

Pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 179 penampilan untuk Real sejak menyertai berkelana dari Santos pada 2019 dan dilaporkan telah memeterai kontrak baru dengan klausa pelepasan €1 bilion (RM5b).

Kelab itu berkata dalam satu kenyataan: “Real Madrid C.F. dan Rodrygo telah bersetuju dengan lanjutan kontrak yang akan mengekalnnya hingga 30 Jun 2028.”

Rodrygo -- yang mewakili Brazil sebanyak 18 kali -- telah menyumbangkan 39 gol sepanjang lima musim bersama pasukan utama Real termasuk dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Sevilla untuk menjulang Copa del Rey musim lalu.



Malah, dia memenangi tujuh lagi trofi utama bersama kelab berkenaan menerusi dua gelaran LaLiga, Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab, Piala Super UEFA dan dua Piala Super Sepanyol.

Awal minggu ini, rakan sepasukannya di kem Brazil, Vinicius Junior, turut bersetuju untuk menyambung kontrak hingga musim panas 2027 yang mengandungi klausa serupa.