Juara LaLiga musim lalu, Real Madrid, memulakan kempen saingan liga dengan mengutip satu mata susulan terikat 1-1 ketika berdepan Real Mallorca di Mallorca Son Moix, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti bermula baik apabila terlebih dahulu mendahului perlawanan hasil rembatan lencong penyerang kebangsaan Brazil, Rodrygo, yang dibantu oleh rakan sepasukannya, Vinicius Junior.

Memasuki babak kedua, Vedat Muriqi bertindak menyamakan kedudukan menerusi tandukan kencangnya melalui sepakan sudut pada minit ke-53 menewaskan penjaga gol berpengalaman, Thibaut Courtois.


Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, gagal memberikan kelebihan buat Los Blancos susulan percubaannya dinafikan oleh pasukan tuan rumah sekali gus terpaks akur membawa pulang satu mata sahaja.