Jude Bellingham semakin hampir untuk menyertai Real Madrid selepas kelab gergasi Sepanyol itu mencapai kesepakatan bernilai £88.5 juta(RM507.3j) dengan Borussia Dortmund.

Pemain berusia 19 tahun itu berpindah ke Jerman selepas meninggalkan akademi Birmingham pada 2020 dan telah lama mengimpikan untuk berpindah ke gergasi LaLiga berkenaan.

Bintang England itu kini berada di puncak prestasi untuk melengkapkan perpindahannya ke Madrid.





Dortmund mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa kelab Sepanyol itu telah bersetuju untuk membayar £88.5 juta dengan jumlah tambahan sekitar 30 peratus daripada yuran tetap yang dipersetujui.

Jika segala potensi perjanjiannya tercapai, maka perjanjian itu boleh mencecah nilai £115j (RM659.2j).