Carlo Ancelotti yakin Real Madrid mampu menampung masalah kecederaan ketika bertandang ke Cadiz, awal pagi esok.

Madrid mengharungi tujuh perlawanan LaLiga tanpa kekalahan dan akan menduduki tangga teratas sekiranya menjamin tiga mata sebelum pendahulu semasa, Girona, turun beraksi beraksi sehari kemudian.

Los Blancos akan kehilangan beberapa tonggak terkemuka akibat kecederaan yang terdiri daripada Vinicius Jr, Eduardo Camavinga, Eder Militao dan Aurelien Tchouameni.

Begitupun, pengurus itu berkata tiada sebab untuk dikhuatirkan dan dia menaruh kepercayaan penuh terhadap skuadnya.

Dia berkata di laman sesawang Madrid: “Kami mengalami kecederaan yang menghalang kami tetapi skuad itu mantap.





“Kami sentiasa berdaya saing walaupun ketiadaan pemain utama.

"Kami akan turun dengan penuh keyakinan sambil kami berharap pemain yang tercedera segera pulih.

"Kami yakin bahawa kami boleh menangani masalah kerana kami mempunyai skuad yang memberi keyakinan kepada saya.

“Mereka yang kurang minit permainan akan mendapat peluang.

"Inilah masanya untuk menunjukkan betapa bagusnya pemain yang membentuk skuad ini.”