Penjaga gol utama Argentina, Emiliano Martinez membuatkan penyokong Chile berang selepas reaksi beliau dalam aksi Copa America pagi tadi.

Menerusi video yang berdurasi 11 saat itu, keadaan di tempat duduk penyokong Chile yang membelakangi gol pasukan Argentina itu agak panas dan tegang selepas reaksi Martinez yang dilihat seolah-olah melakukan provokasi terhadap mereka.


Ketegangan itu berlaku sejurus jaringan gol tunggal oleh Lautaro Martinez pada minit ke-88, di mana menyaksikan Argentina melakar kemenangan 1-0 ke atas Chile & merupakan kemenangan kedua mereka dalam Kumpulan A saingan Copa America 2024. Terdahulu, Argentina turut berjaya membenam cabaran Kanada 2-0 dalam aksi pertama kumpulan.

Bagi perlawanan terakhir kumpulan, Argentina akan turun bertemu Peru pada 30 Jun, jam 8 pagi waktu Malaysia. Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung saluran Astro Supersport 811 dan streaming secara langung di aplikasi Astro GO.