Inter dan Radja Nainggolan mencapai kesepakatan bersama untuk menamatkan kontrak tonggak dari Belgium itu, kata kelab itu malam tadi.

Nainggolan menyertai Inter daripada Roma menerusi perjanjian pertukaran bernilai £33 juta (RM193.44j) sementara Davide Santon dan Nicolo Zaniolo berpindah ke ibu negara Itali itu pada 2018.

Namun, pemain berusia 33 tahun itu menghabiskan dua kempen terakhirnya dipinjamkan ke Cagliari dan Inter akhirnya mencapai kesepakatan untuk berpisah dengan pemain tengah tersebut.

Satu kenyataan pendek di laman sesawang rasmi kelab mengatakan: "FC Internazionale Milano mengumumkan bahawa telah mencapai persetujuan dengan pemain, Radja Nainggolan, bagi penamatan kontraknya dengan kelab."




Bekas pemain Roma itu hanya muncul 33 kali dalam Serie A sepanjang menyarung jersi Nerazzurri dengan menjaringkan enam gol sebelum dipinjamkan dua kali ke Cagliari, di mana dia menyumbat satu lagi gol dalam 48 penampilan.

Nainggolan menonjol ketika bersama Rossoblu yang menyaksikannya mencipta 23 peluang untuk menduduki tempat kelima kelab walaupun hanya tampil 22 kali, sementara 141 usaha memenangi semula bola juga meletakkannya di posisi yang sama.