Kedah Darul Aman (KDA) mula mendapat rentak kemenangan mereka dalam perlawanan pramusim mereka selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Sebelum ini pasukan kendalian Nafuzi Zain itu melakar keputusan tewas dan seri dalam perlawanan pramusim di kejohanan empat penjuru berdepan Penang dan Terengganu, sebelum ini.
⚔ FULL TIME ⚔
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 24, 2024
FT | KDA FC 2 - 0 Negeri Sembilan FC
⚽️⚽️ 26' 62' Gordic (KDA FC) pic.twitter.com/sjFqmHg5CC
Pemain import baru KDA, Milos Gordic, cemerlang menjaringkan dua gol untuk pasukan itu dengan Syafiq Ahmad dilihat diberikan kepercayaan sebagai kapten pasukan.