Penyerang Selangor, Faisal Halim, kembali disenaraikan dalam skuad Selangor menentang Terengganu dalam saingan Piala FA Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Ini berikutan namanya berada dalam barisan 18 pemain yang bakal membawa cabaran misi wajib menang berdepan saingan Terengganu untuk melayakkan diri kem peringkat akhir.




Selangor tewas 3-2 ketika beraksi dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 19 Julai lalu.

Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu beraksi adalah ketika saingan Selangor Asia Challenge Cup 2024 dengan menyaksikan dia berjaya membawa The Red Giants menjuarai cabaran itu di MBPJ.