Lewis Hall berkata Newcastle United sememangnya sudah bertekad membuat satu kenyataan di Manchester United tetapi mengakui kemenangan dalam Piala Liga Inggeris (EFL) di Old Trafford semalam adalah di luar jangkaan.

Perlawanan pusingan keempat itu umpama ulangan perlawanan akhir Februari lalu untuk anak buah Eddie Howe tersebut membalas dendam di Old Trafford, sekali gus kemenangan pertama mereka dalam tempoh sedekad.

Miguel Almiron dan Joe Willock meledak gol voli sementara pertahanan kiri, Hall, turut mencetak nama sebagai penjaring dalam kemenangan 3-0 bagi memastikan kemaraan dan kunjung suku akhir ke Chelsea bulan depan.

Ketika menandatangani kontrak musim panas yang lalu, dia sama sekali tidak menjangkakan perjalanan ke Old Trafford akan berakhir seperti ini dan pemain berusia 19 tahun itu berkata: “Tidak, pastinya tidak.

“Saya fikir apabila kami mengadakan mesyuarat pasukan pada pagi dan petang (Rabu), kami tahu dengan jelas percaturan kami.

“Jelas sekali ia merupakan satu gelanggang keramat dan United adalah sebuah kelab yang gergasi jadi kami mahu bertandang ke sini dan membuat kenyataan mengenai keupayaan kami dan membuktikan bagaimana kami boleh melakukannya dengan baik dalam pertandingan ini dan semoga kami terus mara dan menang.”

Ia adalah satu malam yang istimewa buat Hall sebagai peminat Newcastle dari zaman kanak-kanak untuk melakar gol senior pertamanya dengan menerusi voli dari dalam kotak penalti.

"Ia sangat mengagumkan," kata pertahanan itu.



“Sebaik sahaja saya melepaskan rembatan, saya sudah terbiasa dengannya jadi saya tahu jika peluang sebegitu menjelma.

“Sejujurnya, saya sudah terlupa. Ia agak sukar untuk digambarkan sebenarnya, tetapi saya fikir anda dapat melihatnya daripada gaya saya meraikannya dan betapa gembiranya saya.

“Ia adalah hari yang menakjubkan untuk kami semua.

"Saya fikir kami telah menyajikan persembahan yang sangat bagus -- semua orang berusaha keras.

"Kami mempunyai banyak lagi perlawanan untuk diharungi jadi semua orang akan terlibat dan semua orang sentiasa bersedia untuk diturunkan."