Roberto Martinez akan membuat keputusan saat-saat akhir bagi menentukan penyenaraian penyerang yang sedang cedera, Romelu Lukaku, dalam skuad Belgium menjelang Piala Dunia Qatar 20 November ini.

Lukaku menbalami kecederaan sejak kembali ke Inter Milan secara pinjaman daripada Chelsea pada Jun lalu, di mana dia hanya dapat beraksi tiga daripada 19 perlawanan musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu kembali beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Viktoria plzen dan Sampdoria bulan lalu tetapi dia kemudian sekali lagi mengalami kecederaan pinggul.

Simone Inzaghi mengesahkan pada hujung minggu lalu bahawa Lukaku tidak lagi akan mewakili Inter sebelum saingan Piala Dunia, di mana Belgium akan membuka kempen dengan menentang Mesir pada 23 November ini.

The Red Devils kemudian akan bertemu Kanada pada 27 November sebelum menghadapi Maghribi empat hari kemudian dan Martinez berharap penyerang itu sekurang-kurangnya dapat beraksi dalam beberapa perlawanan terakhir.

Menjelang pengumuman 26 pemain yang akan ke kejohanan itu, Martinez berkata kepada L'Equipe: "Keputusan hanya akan dibuat sebelum kami mengumumkan senarainya.

"Ia akan berkaitan dengan tiga perlawanan pusingan pertamna. Jika dia dapat cergas dalam salah satu daripada perlawanan itu, dia adalah pemain yang kami mahukan.

"Jika dia tidak dapat melakukannya, dia tidak akan tersenarai," katanya.