Pasukan sepak takraw Malaysia cemerlang menepati sasaran selepas membolot dua pentas akhir dalam acara Doubles dan Regu untuk bertemu musuh tradisi, Thailand, di Stadium Titiwangsa, malam ini.

Untuk rekod, Malaysia hanya menjadi naib juara dalam dua edisi sebelum ini dengan kedua-dua perlawanan tewas kepada pasukan Thailand termasuk ketika menjadi tuan rumah pada 2011.



Ayuh beri sokongan padu kepada skuad negara dan jangan lupa saksikan perlawanan akhir sepak takraw pada jam 8 malam ini di Astro Arena saluran 801HD.