Kunlavut Vitidsarn, yang juga merupakan juara dunia 2023, menjadi pemain badminton Thailand pertama melangkah ke final Sukan Olimpik ketika edisi Paris 2024.

Mengatasi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, Kunlavut Vitidsarn membuktikan cabaran ke pentas final bukanlah sekadar tuah, apabila dia membuktikan kemampuan apabila menyingkirkan pemain China, Shi Yuqi.

Menerusi satu temubual, Kunlavut berkata, "Saya tidak pernah pergi ke kelab malam sebelum ini dalam hidup saya. Saya tidak mahu pergi, orang minum arak dan merokok.

"Sebagai seorang atlet, saya tidak fikir saya patut berbuat demikian."

Kata-kata itu cukup mendalam dan itu ia membuktikan apa yang diperlukan mana-mana atlet untuk sampai ke puncak prestasi.