Kuching City muncul meraih tempat ketiga Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup), apabila menewaskan Hougang United 2-0, sebentar tadi.

Skuad kendalian Aidil Sharin mengambil kesempatan daripada kelekaan pemain Hougang United untuk menjaringkal gol menerusi Alauddin Farid Atan dan penyerang sensasi, Jordan Mintah, sebelum tamat babak pertama.

Wakil pasukan dari Singapura itu cuba bangkit namun dinafikan setiap peluang oleh barisan pertahanan Kuching City yang diketuai oleh bekas pertahanan PDRM, James Okwuosa.


Tamat perlawanan menyaksikan Kuching City membawa pulang wang hadiah bernilai RM5000 sebagai sagu hati meraih tempat ketiga.