Sepakan penalti yang disempurnakan Jasurbek Jaloliddinov ternyata menjejaskan rentak cemerlang permulaan permainan Harimau Muda dalam aksi pembukaan Piala Asia B-23 sebentar tadi.

Malaysia ketinggalan dengan satu jaringan dalam separuh masa pertama apabila Jasurbek melengkapkan sepakan penalti pada minit ke-11 apabila Syahir Bashah melakukan terjahan terhadapan pemain lawan.

Harimau Muda mempamerkan permulaan yang cemerlang dalam perlawanan sehingga berjaya memiliki peluang terhidang yang gagal disempurnakan Luqman Hakim Shamsudin pada minit keenam.

Ia ternyata memberikan corak permainan yang positif sehinggalah ruang dibuka buat lawan apabila sepakan penalti diberikan.

Pemain pertahanan KL City, Kenny Palraj, dia berkata, "Malaysia telah bermula dengan baik, menghasilkan corak permainan yang positif sehingga menghasilkan peluang. Namun selepas sepakan penalti itu ia mengubah gaya permainan pasukan.

"Namun saya tetap memberikan pujian buat Syahir kerana tetap menghadirkan permainan yang positif, tidak terjejas di sebalik insiden tersebut."