'Merugikan', itu yang dirumuskan oleh penolong skuad penolong jurulatih skuad B-23 tahun skuad Kuala Lumpur City, Norshahrul Idlan Talaha, susulan Malaysia tewas 0-2 kepada Uzbekistan dalam aksi Piala Asia B-23 sebentar tadi.

Malaysia berdepan langkah kiri apabila tewas dengan dua jaringan di tangan bekas juara edisi 2018, Uzbekistan.

Ketinggalan satu jaringan menerusi sepakan penalti sebelum kesilapan ketika melakukan hantaran menghadiahkan lawan ruang terhidang untuk menoktahkan kemenangan dalam aksi pembukaan.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Norshahrul, berkata, "Saya menganggap ini adalah satu kerugian. Uzbekistan tidak menghasilkan banyak peluang, mereka mendapatkan jaringan menerusi kesilapan pasukan negara.

"Malaysia ada ruang untuk menghasilkan jaringan namun ia gagal disempurnakan.

"Saya percaya Malaysia berhak meraih keputusan seri dalam perlawanan ini, mereka telah menonjolkan permainan yang baik, namun hanya dipisahkan dengan dua kesilapan yang mengundang jaringan pasukan lawan."

Malaysia bakal kembali beraksi 20 April ini bertemu Vietnam dalam aksi kedua.