"Ini satu amaran."

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mahu semua pemilik kelab atau persatuan bola sepak agar peka dengan hak pemain terutama melibatkan tunggakan gaji.

Untuk rekod, pengurusan Marcerra bergabung dengan Kuantan FA untuk dalam Liga Perdana pada 2018, namun kelab itu 'bungkus awal' selepas gagal membayar gaji pemain selama empat bulan sebelum disingkirkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Berdasarkan fakta kes, bekas pemain Kuantan FA menuntut sejumlah RM3 juta, manakala bekas pegawai pula sebanyak RM1.2 juta yang tertunggak sejak 2018.

Tuntutan sama dibuat bekas pemain dan pegawai Marcerra United dengan anggaran keseluruhan RM2 juta, secara tidak langsung menjadikan nilai keseluruhan lebih RM6j tatkala ia perlu diselesaikan pengurusan kelab berkenaan mengikut kontrak.


"Sejak 2007, pemain telah menderita untuk mendapatkan hak mereka.

"Hari ini merupakan hari yang sangat pentin. Bukan kepada pemain, malah kepada industri bola sepak Malaysia.





"Saya harap ini menjadi kes terakhir, menjadi teladan kepada pengurusan bola sepak di Malaysia untuk lebih serius menjaga hak pemain," kata bekas pemain Kuantan FA, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Sementara itu, bekas pemain Kuantan FA, Abdul Ghani Abdul Rahman, bersyukur kerana akhirnya mendapat pembelaan dengan tangkapan ke atas bekas pemilik kelab berkenaan.

"Walaupun sudah enam tahun,. kami terus berjuang dan ia membuka mata kepada persatuan agar jangan ambil mudah," katanya pula.