Dalam kegembiraan kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Filipina di perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024, satu perkhabaran duka buat semua peminat bola sepak tanah air apabila pemain tengah negara, Afiq Fazail, sah mengalami kecederaan lutut.

Afiq yang terpaksa dipapah keluar padang telah digantikan dengan Nooa Laine di minit 34, dan perkara itu mempunyai pelbagai reaksi dari semua pihak apabila ramai menyatakan kecederaannya itu berpunca daripada keadaan padang yang kurang memuaskan.




Dengan kecederaan yang dialami Afiq ketika, sudah semestinya peratus untuk dia bermain pada Ahad pasti akan menurun.

Ini apabila ada kemungkinan, Afiq mengalami kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) yang bakal melihat dirinya tersisih dari saingan bola sepak sekurang-kurangnya enam minggu.




Namun, kerisauan itu bukan hanya dihadapi kem Harimau Malaya sahaja, kem JDT juga pasti resah apabila mereka bakal kehilangan seorang 'maestro' lebih-lebih saingan Liga Juara-juara Asia Elit juga akan bermula tidak lama lagi.