'Here we go', ejen perpindahan terkenal, Fabrizio Romano, mengesahkan legenda Belanda, Patrick Kluivert, dijangka bakal menyertai Indonesia dalam masa terdekat.

Persatuan Sepakbola seluruh Indonesia (PSSI) hari ini mengumumkan bahawa mereka kini telah berpisah dengan ketua jurulatih, Shin Tae-yong.

Dan menerusi X, Fabrizio yang cukup terkenal memperoleh perkhabaran pertama mengenai perpindahan bintang bola sepak, mengesahkan Kluivert bakal ditandatangani sebagai ketua jurulatih Indonesia yang baharu.

Dia turut memberikan perkhabaran bekas bintang Barcelona itu bakal menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak asal bagi dua tahun tambahan.


Indonesia ketika ini bersaing dalam peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.