Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali lagi mencadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengimplimentasikan peraturan 'Financial Fair Play' (FFP) di negara ini tahun depan.
Selain cadangan pengurusan kewangan yang adil itu, yang pernah disarankan beberapa tahun lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga menyarankan supaya FAM dan MFL mengutamakan pembangunan bakat akar umbi pasukan bola sepak di negara ini.
Katanya, kelab bola sepak di negara ini tetap perlu usahakan sendiri aspek lain termasuk dana, pembangunan akar umbi dan infrastruktur.
“PJ City (Petaling Jaya City) jalin kerjasama dengan Manchester City, di mana PJ City pada hari ini? Saya sudah berkerjasama dengan banyak kelab, Borussia Dortmund (Jerman), Juventus (Itali), City Group, Valencia (Sepanyol) dan Saporro (Jepun).
“Tetapi kami hanya berkongsi kepakaran, pembangunan dan perancangan sahaja. Kelangsungan kelab, strategi komersial, duit, pembangunan akar umbi dan infrastruktur semua kena buat sendiri.
“Tiada orang akan tolong kita. Sebab itu saya cadangkan tahun depan FAM dan MFL untuk melaksanakan peraturan Financial Fair Play dan setiap pasukan mesti ada program akar umbi, wajib," tulisnya.
Komen TMJ hadir di laman instagram bola sepak, malaysiafootballleague berikutan kerjasama yang dijalinkan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan kelab LaLiga Sepanyol, Cadiz CF.
Kata TMJ lagi, ia bertujuan untuk mengawal dan mendisiplinkan pasukan-pasukan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.
“Jadi tiada lebihan perbelanjaan dan tak bayar gaji pemain. Demi kelab untuk bertahan lama kerana tak semua kelab ada keistimewaan sapu duit kerajaan setiap tahun,” tulisnya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 19 2023
David James hadir saksikan perlawanan akhir Piala FA
Penjaga gol lagenda pasukan Liverpool, David James, mendedahkan bahawa dia turut mengikuti aksi akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu, Oktober lalu.
MSDEAF kecewa layanan 'double standard' pihak kerajaan
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pekak Malaysia (MSDEAF), Mohd Yazid Bain, merayu agar kementerian Belia dan Sukan Negara (KBS) sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban persatuan itu.
Pramusim: Terengganu raih kemenangan tipis atasi Sri Pahang
Terengganu meraih kemenangan tipis 1-0 menentang Sri Pahang dalam perlawanan pramusim di Stadium Temerloh sebentar tadi.
Selangor KUSEL Asia Challenge 2024: Selangor bergelar juara
SELANGOR 4 YOUNG ELEPHANTS 0
Pramusim: Ifedayo sedia jadi 'mesin gol' lagi
Penyerang PDRM FC, Ifedayo Olusegun, tidak menunggu lama untuk membuktikan dirinya masih lagi penyerang yang berbisa dan bersedia untuk memberikan saingan dalam Liga Super Malaysia nanti.
Selangor KUSEL Asia Challenge 2024: Balistier Khalsa, DPMM sekadar raih keputusan seri
Balistier Khalsa 3 DPMM 3
Ifedayo masih relevan
Bekas penyerang Selangor dan Melaka United, Ifedayo Olusegun, mengakui bahawa usia bukanlah penghalang untuknya menjadi penyerang berbisa pada saingan Liga kali ini.
Pramusim: Sabah anjur SMJ Cup 2024
Pasukan dari Borneo, Sabah turut tidak melepaskan peluang bagi membuat persiapan menjelang aksi Liga Super yang bakal berlangsung Mei depan.
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Clayton cukupkan kuota import Perak
Berbaki kurang dua minggu sebelum sepak mula Liga Super, jendela perpindahan pemain dilihat semakin menarik apabila hampir semua pasukan berlumba-lumba menandatangani penyerang prolifik untuk memantapkan jentera serangan masing-masing.
Pramusim: PDRM, KL City sama hebat
PDRM gagal meraih kemenangan meskipun mendahului dengan dua gol ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City), dalam perlawanan pramusim di Stadium Selayang sebentar tadi.
Inter's 'leader' Inzaghi upping the standards, says assistant Farris
Farris hails coach Inzaghi
Dundee 1-2 Celtic: Forrest braces restores Hoops' three-point lead at SPL summit
Report: Dundee 1-2 Celtic
Bucks star Lillard to miss Game 4 against the Pacers with Achilles injury
Bucks star Lillard to miss Game 4
Arteta was 'praying' Arsenal held on for derby victory
Arteta 'praying' Arsenal held on
'I don't celebrate goals any more' - Postecoglou bemoans VAR after Arsenal defeat
Postecoglou bemoans VAR
Rybakina eases past Sherif to reach Madrid Open last 16
Rybakina eases into Madrid last 16
'We fought until the end' - Saka 'delighted' as Arsenal withstand late Spurs surge
Arsenal were given a late scare in the north London derby, but held on for a huge three points against Tottenham to boost their title hopes.
Tottenham 2-3 Arsenal: Gunners hold off late fightback to boost title hopes
Report: Tottenham 2-3 Arsenal
Bournemouth 3-0 Brighton: Unal stars as Cherries continue upward surge
Bournemouth's hopes of qualifying for Europe are firmly intact after a 3-0 victory over Brighton on Sunday.
Everton Women 1-1 Arsenal Women: Hobson breaks WSL record to all but end Gunners' title hopes
Hobson breaks WSL record in draw