Perbicaraan bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, dan bekas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini, telah ditangguhkan sehari selepas Blatter berkata dia terlalu uzur untuk memberikan keterangan.

Blatter dan Platini ditetapkan untuk memulakan perbicaraan mereka di Mahkamah Jenayah Persekutuan Bellinzona malam tadi atas dakwaan penipuan.

Hakim, bagaimanapun, membenarkan penangguhan sehari selepas Blatter melaporkan dia mengalami sakit dada.

Pada 2015, kedua-duanya dilarang mengikuti aktiviti bola sepak kerana tuduhan rasuah sebelum didakwa di Switzerland pada November tahun lalu.

Mereka dipercayai menerima sogokan sebanyak £1.6 juta (RM8.8j) pada 2011 termasuk membabitkan pemilihan tuan rumah Piala Dunia.

Begitupun, Blatter dan Platini menafikan sebarang salah tuduhan yang dilemparkan.