Pengadil Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin, mendapat pujian meluas daripada peminat bola sepak Indonesia berikutan prestasi cemerlangnya dalam pertembungan ‘El Clasico’ di antara Persib Bandung dan Persija Jakarta di Bandung, Jawa Barat pada malam kelmarin.
Ketenangan, kebijaksanaan dan pengalaman luasnya dalam mengadili perlawanan memainkan peranan penting dalam menguruskan perlawanan dengan berkesan, mengekalkan disiplin pemain dan memuaskan hati kedua-dua kakitangan kejurulatihan.
Menurut tvonenews.com, pengadil berusia 34 tahun itu, yang memegang lesen pengadil FIFA sejak 2016, memikat hati penonton di stadium dan di televisyen, serta netizen (warga maya) ketika mengendalikan perlawanan berkenaan.
Laporan itu malah mencadangkan bahawa dia layak mendapat gelaran 'Man of the Match' atas kecemerlangnya mengawal perlawanan dalam kemenangan 2-0 Persib Bandung, termasuk melayangkan dua kad merah tanpa sebarang kritikan terhadap keputusannya.
Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak, yang mengenali Muhammad Nazmi sejak di Malaysia, memuji pengadil itu dengan berkata: "Beliau adalah pengadil terbaik dari Malaysia dan antara yang terbaik di Asia.”
Satu keputusan penting berlaku apabila Muhammad Nazmi mengeluarkan kad kuning kepada pemain tengah Persib Bandung, Marc Klok, atas kekasaran pada minit ke-62. Namun, selepas meneliti VAR (video bantuan pengadil), beliau membatalkan kad kuning itu dan melayangkan kad merah.
Hodak tidak membantah keputusan itu, dan Klok menerima kad merah berkenaan tanpa bantahan selepas pemain Persija Jakarta, Firza Andika, terlebih dahulu dilayangkan kad merah pada minit ke-28.
"Dia mengawal perlawanan dengan baik walaupun terdapat cabaran. Mengenai kad merah Klok, saya belum melihatnya, jadi saya tidak boleh komen,” kata Hodak, yang pernah membimbing kelab elit Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Jurulatih Persija, Carlos Pena, memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai prestasi pengadil di Stadium Si Jalak Harupat, yang berkapasiti 27,000 orang, dengan berkata: "VAR membantunya menjalankan tugasnya, dan saya rasa beliau melakukannya dengan baik.”
Peranan Muhammad Nazmi dalam perlawanan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk membawa pengadil asing berlesen FIFA bagi Liga 1 bagi musim 2024/25 dalam usaha meningkatkan kemahiran pengadil tempatan.
Dia juga merupakan calon untuk kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’ bagi Piala Dunia akan datang di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Sejak memulakan karier pengadilnya pada 2010, Muhammad Nazmi mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang menggunakan VAR dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 20 September tahun lalu. Dia telah mengadili enam perlawanan ACL dengan VAR dan turut dijemput untuk mengadili perlawanan dalam Liga Pro Saudi.
-- Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Sep 25 2024
ACC Shopee Cup: Siaran langsung (live stream) sidang media KL City lwn Borneo FC Samarinda
Wakil negara, Kuala Lumpur City FC akan menentang kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda bagi aksi kedua ACC Shopee Cup di Cheras malam esok.
Piala EFL: Aksi AFC Wimbledon lawan Newcastle ditunda gara-gara padang musnah
Aksi Piala Liga Inggeris (EFL) di antara AFC Wimbledon dan Newcastle United awal pagi tadi terpaksa dipindahkan ke St James Park selepas padang tuan rumah dari League Two itu musnah gara-gara banjir.
Kelayakan Piala Asia B-20: Harimau Muda perlu lebih garang di Dushanbe -- Pakar
Skuad B-19 negara perlu mempertajamkan lagi jentera serangan untuk pergi lebih jauh dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Tajikistan.
Pengadil Malaysia curi tumpuan dalam 'El Clasico' Indonesia
Pengadil Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin, mendapat pujian meluas daripada peminat bola sepak Indonesia berikutan prestasi cemerlangnya dalam pertembungan ‘El Clasico’ di antara Persib Bandung dan Persija Jakarta di Bandung, Jawa Barat pada malam kelmarin.
Piala EFL: Gol perdana Nunes pastikan Manchester City atasi Watford
Gol pertama Matheus Nunes bersama Manchester City membawa pasukan bimbingan Pep Guardiola itu ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Watford 2-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Piala EFL: Nkunku cipta hatrik dalam pesta gol Chelsea
Christopher Nkunku menjaringkan hatrik ketika Chelsea mara ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan pendahulu League Two, Barrow, 5-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
ACC Shopee Cup: Info siaran langsung (live stream) KL City lwn Borneo FC Samarinda
Wakil negara, Kuala Lumpur City FC, akan menentang kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda, bagi aksi kedua ACC Shopee Cup di Cheras malam esok.
ACC Shopee Cup: Info siaran langsung (live stream) sidang media KL City lwn Borneo FC Samarinda
Wakil negara, Kuala Lumpur City FC akan menentang kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda bagi aksi kedua ACC Shopee Cup di Cheras malam esok.
ACC Shopee Cup: Info siaran langsung (live stream) Terengganu lwn Dong A Thanh Hoa
Wakil negara, Terengganu, akan turun bagi aksi kedua ACC Shopee Cup dengan melayani kunjungan kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa, di Kuala Terengganu malam ini.
Insiden rusuhan penyokong cemari aksi Persib Bandung vs Persija Jakarta
Perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Persib Bandung dan Persija Jakarta 'panas' dengan aksi rusuhan oleh para penyokong di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, semalam.
Maresca: Chelsea's youngsters sent a message with emphatic EFL Cup win
Barrow may only be League Two opposition, but Enzo Maresca nevertheless felt Chelsea's 5-0 EFL Cup win was a statement of intent.
'Irreplaceable' Rodri facing long lay-off, says Guardiola
Reports suggest that Rodri could miss the rest of the season through injury, and Pep Guardiola confirmed he expects a long lay-off.
Ward's penalty heroics send Leicester through in EFL Cup
Danny Ward proved the hero for Leicester City in a penalty shootout, with Aston Villa also progressing to the next round of the EFL Cup.
Real Madrid 3-2 Deportivo Alaves: Ancelotti survives late scare in 300th game
Report: Real Madrid 3-2 Alaves
Manchester City 2-1 Watford: Nunes seals EFL Cup progress
Jeremy Doku and Matheus Nunes were on target as Manchester City beat Watford 2-1 to book a place in the EFL Cup fourth round.
Chelsea 5-0 Barrow: Nkunku grabs a hat-trick in five-star display
Chelsea made light work of lower-league Barrow as Enzo Maresca's side stormed into the fourth round of the EFL Cup.
Brook vows to take the game to Australia in win-or-bust Lord's ODI
Harry Brook's heroics helped England to a six-wicket victory over Australia, leaving the ODI series finely poised at 2-1 to the tourists.
Cilic makes ATP history with Hangzhou Open title
Marin Cilic was ranked just 777th in the world going into the Hangzhou Open, but he beat the odds to come away with the title on Tuesday.
Brook century keeps England in contention
Rain stopped play late on in England's innings on Tuesday, but Harry Brook's heroics ensured they claimed a 46-run win over Australia.
Al-Bukayriyah 0-1 Al-Hilal: Leonardo sends defending King Cup champions through
Report: Al-Bukayriyah 0-1 Al-Hilal