Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menyifatkan pelantikan Robert Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya merupakan keputusan terbaik.
Baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata, Friend memiliki kelayakan yang tinggi selain merupakan individu yang mempunyai hubungan yang baik dalam industri sukan bola sepak di dunia.
"Keputusan terbaik melantik jutawan yang berkelayakan tinggi, mempunyai pengetahuan selain mempunyai rangkain hubungan dalam dunia bola sepak dan seseorang yang meminati sukan ini.
"Dengan kelayakan ini, jika suatu hari nanti Malaysia tidak mahukan beliau, JDT akan menyambut beliau dengan tangan terbuka," kata baginda di InstaStory miliknya.
Semalam, FAM mengumumkan Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya dan akan menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad kebangsaan.
Friend yang juga bekas pemain kebangsaan Kanada beraksi di posisi penyerang pernah bermain bersama kelab Norway, Moss FC dan Molde FK; kelab Jerman, Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt dan 1860 Munich serta kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy pada 2014.
Selepas persaraan sebagai pemain bola sepak profesional, Friend memulakan kariernya dalam bidang pengurusan di DRG Investment Group dan kemudian menjadi pengasas Toca Football Canada-- satu teknologi latihan khusus bola sepak dan berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta (RM670.7j).
Bermula 2019 hingga sekarang, Friend merupakan rakan kongsi pengurusan di SixFive Sports Fund, badan pelaburan dalam bola sepak profesional dan infrastruktur melalui pemilikan kelab, stadium dan pembangunan kemudahan latihan.
Antara penglibatan terbesarnya ialah menjadi salah seorang pengasas bersama liga bola sepak profesional Kanada, Canadian Premier League (CPL) dan berjaya meningkatkan nilai liga tersebut dari AS$50 (RM223.5j) sehingga AS$300 juta (RM13.4 bilion) dalam tempoh enam tahun.
Friend juga pernah menerajui kepimpinan tertinggi pengurusan dan pentadbiran dua kelab yang beraksi di CPL iaitu sebagai CEO dan pengasas bersama Pacific dari 2019 hingga 2022 serta sebagai presiden dan pengasas bersama Vancouver dari 2022 hingga kini.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Jan 01 2025
Ranking Harimau Malaya melonjak ke-132 dunia
Ranking skuad Harimau Malaya melonjak tujuh anak tangga daripada berada di tangga ke-138 untuk berada di kedudukan ke-132 ketika ini.
Kalau saya Presiden FAM, satu sen gaji pun saya tak akan ambil - Megat Shahriman
'Undi saya, saya tidak ambil gaji satu sen pun', itu yang diungkapkan oleh Dato' Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, mengenai peluang untuk berkhidmat sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dua legenda bola sepak negara bertanding jawatan dalam FAM?
Dua legenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan, dilaporkan akan bertanding jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres badan induk itu bulan depan.
Harimau Malaya kini guna jenama Puma
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengenakan seragam jenama sukan antarabangsa, PUMA, dengan bermula hari ini.
Revolusi Harimau Malaya tagih masa -- bekas jurulatih kebangsaan
Peminat Harimau Malaya perlu realistik dan tidak mengharapkan impak segera di sebalik penstrukturan Harimau Malaya yang sudah dimulakan ketika ini.
Pelantikan Friend keputusan terbaik -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menyifatkan pelantikan Robert Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya merupakan keputusan terbaik.
Calon Jawatankuasa Eksekutif FAM diketahui hujung bulan depan
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, memaklumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 akan diketahui selewat-lewatnya penghujung Januari depan.
Penggantungan KAFA: FAM jatuh hukuman ikut saluran
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan telah bertindak terburu-buru dalam menghukum persatuan bola sepak kelantan (KAFA), sebaliknya keputusan itu diambil mengikut peraturan yang terkandung dalam statut badan induk berkenaan.
Pelantikan CEO pasukan kebangsaan hampir muktamad -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebentar tadi bertitah mengenai kriteria-kriteria yang harus ditepati seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sambil membayangkan pelantikan individu terbabit hampir selesai.
Saya bersedia bertanding -- Firdaus Mohamed mengenai jawatan timbalan presiden FAM
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, mengumumkan bertanding sebagai calon timbalan presiden menjelang Kongres FAM bagi pemilihan jawatankuasa badan induk itu yang akan berlangsung 15 Februari depan.
Coulthard labels Hamilton 'biggest disappointment' of 2024 season
'Hamilton was 2024 disappointment'
Smith to captain Australia in Sri Lanka in Cummins' absence
Smith to captain Aus in Sri Lanka
Young: Playing against son Tyler in FA Cup would mark career highlight
Young seeking out career high
Malaysia Open: Ratchanok exclaims love for Malaysia after trophy laden outings
It is an understatement to say that Malaysia hold a special place in Ratchanok Intanon’s heart, with the Thai women’s singles ace having won four titles here in a six-year span.
Djokovic and Alcaraz on collision course for Australian Open quarter-finals
Djokovic could face Alcaraz at AO
West Ham confirm Potter appointment after sacking Lopetegui
Potter hired as Lopetegui successor
NBA: Cavs end Thunder's 15-game streak, win 11th straight in marquee matchup
Streaking Cavs end Thunder's run
Malaysia Open: Three local pairs book second round on a much better Day 2
It proved a much better outing for the Malaysian contingent at the ongoing Malaysia Open, after three pairs that included Aaron Chia-Soh Wooi Yik and Ong Yew Sin-Teo Ee Yi checked into the second round on Wednesday.
Rodgers lauds Celtic squad amid 'demanding' fixture schedule
Rodgers lauds Celtic squad
Flick hails 'very important' Barca response to recent struggles
Flick hails 'important' response