AZERBAIJAN 0 IRELAND UTARA 1

Michael O'Neill percaya dengan semangat berpasukan Ireland Utara selepas mereka meraih jaringan lewat menerusi Stuart Dallas untuk menewaskan Azerbaijan 1-0 di Stadium Tofiq Bahramov, awal pagi tadi.


Ia kelihatan seperti pengunjung akan kecewa dalam percubaan mereka untuk mengekalkan tekanan ke atas Jerman di bahagian atas Kumpulan C kelayakan Piala Dunia.

Tetapi Dallas meledak pada masa kecederaan dan O'Neill melihat hasil itu sebagai tanda kemajuan pasukannya.

"Tiga, empat tahun lalu, kami akan tewas dalam perlawanan ini 1-0 dan orang ramai tidak akan terkejut dengannya," kata O'Neill kepada BBC.

"Keputusan ini adalah bukti kepada semangat dalam pasukan. Kami kekal dalam perlawanan, berjuang dan mendapat tuah."

Dan pemain pertahanan, Jonny Evans, menambah kegembiraan Ireland Utara terhadap jaringan Dallas adalah lebih besar disebabkan oleh kekecewaan lalu.

"Ia satu perasaan yang hebat," katanya. "Kami sering mendapat keputusan tidak baik sebelum ini dan ia mengecewakan.

"Ia mungkin kali pertama kami semua berasa simpati kepada pasukan lain kerana saya fikir mereka bermain dengan baik."