Ammar Hakim
Fri Mar 26 2021
Roberto Mancini dan Leonardo Bonucci mengakui terdapat ruang untuk diperbaiki Itali, di sebalik memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan kemenangan 2-0 ke atas Ireland Utara.
Domenico Berardi meledak gol ketiga di pentas antarabangsa dan Ciro Immobile menggandakan kelebihan Azzurri dalam aksi Kumpulan C di Stadio Ennio Tardini.
Selepas memperoleh lima percubaan tepat dalam separuh masa pertama, bagaimanapun Itali menurunkan tempo permainan dalam separuh masa kedua sehingga gagal menguji Bailey Peacock-Farrell.
Ireland Utara hampir meraih jaringan menerusi Gavin Whyte, Michael Smith dan Steven Davis.
Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut Itali tanpa dibolosi dan melanjutkan rekod tanpa kalah dalam 23 perlawanan.
Tetapi Mancini tidak berpuas hati dengan aksi pertama di Parma.
"Selepas empat bulan, babak pertama sangat bagus dan kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol," katanya kepada Rai Sport.
"Kami perlu melihat semula babak kedua bersama pasukan, kerana kami mesti melakukan yang lebih baik daripada itu. Separuh masa pertama adalah sempurna dan kami semestinya mempunyai lebih banyak gol .
"Mungkin kami mula mengambil banyak sentuhan setelah rehat dan bola bergerak perlahan, tetapi itu boleh berlaku setelah empat bulan tidak bertemu satu sama lain.
"Kami mungkin menang dengan margin yang lebih besar pada babak pertama, tetapi kami tahu Ireland Utara adalah pasukan fizikal yang boleh menimbulkan masalah kepada kami. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan."
Bonucci pula berkata, "Penting untuk tidak dibolosi, walaupun melakukan kesilapan dalam separuh masa kedua dan perlu memperbaikinya, terutama ketika mengawal permainan.
"Tetapi yang selalu saya gemari sejak Mancini mengambil alih adalah sikap. Kami menghadapi semua orang tanpa rasa gementar, kami tetap bersemangat dan pergi ke sana untuk memenangi setiap perlawanan."
UCL: Tiada wakil Itali di suku akhir
Selepas habisnya saingan pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Eropah, Sepanyol muncul dengan wakil terbanyak dengan tiga wakil La Liga iaitu Real Madrid, Atletico Madrid dan Barcelona
Liga Negara-Negara: Southgate ratapi ketumpulan sentuhan penyudah Three Lions
Gareth Southgate menolak cadangan perjuangan England baru-baru ini adalah melalui pendekatan konservatif, sebaliknya merungut sentuhan penyudah yang kurang tajam.
Liga Negara-Negara: Mancini gembira di sebalik seri dengan England
Ketua jurulatih Itali, Robert Mancini, mengakui dia terkejut dengan permulaan pasukannya yang tidak berpengalaman ke Liga Negara-Negara berikutan keputusan seri 0-0 dengan England awal pagi tadi.
Grealish pamer peningkatan sejak sertai Man City -- Southgate
Jack Grealish telah 'mempelajari banyak ilmu' di Manchester City, menurut pengurus England, Gareth Southgate.
Berettini saran rakyat Itali beli TV baru sempena hujung minggu istimewa
Matteo Berrettini menyarankan seluruh rakan senegaranya untuk membeli televisyen baru sempena hujung minggu istimewa, di mana dia akan beraksi dalam final Kejohanan Tenis Wimbledon sebelum Itali berdepan England dalam final Euro 2020.
Euro 2020: Mancini gugurkan Kean daripada skuad Itali
Roberto Mancini menggugurkan Moise Kean daripada perancangannya menjelang Euro 2020 pada ketika ketua jurulatih Itali perlu mengecilkan senarai 28 pemainnya -- dua lagi pemain lain akan digugurkan selepas ini.
Mancini mahu Skuad Itali dibesarkan menjelang Euro 2020
Didier Deschamps menegaskan kemenangan adalah satu-satunya perkara yang penting dalam kelayakan Piala Dunia setelah mengakui penampilan separuh masa pertama Perancis dalam kemenangan 1-0 ke atas Bosnia-Herzegovina kurang cemerlang.
Mancini, Bonucci mahu Itali perbaiki mutu persembahan
Roberto Mancini dan Leonardo Bonucci mengakui terdapat ruang untuk diperbaiki Itali, di sebalik memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan kemenangan 2-0 ke atas Ireland Utara.
Pirlo perlu positif di sebalik prestasi semasa Juventus -- Mancini
Andrea Pirlo tidak boleh membiarkan kekecewaan kekalahan kejutan Juventus kepada Benevento terlalu lama, kata ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini.
Conte hopes for Ranieri's success at Roma after Napoli clash
Conte hopes for Ranieri success
Martino resigns as Inter Miami coach after early playoff exit
Martino leaves Inter Miami
Fonseca: Milan have 'respect' but 'are not afraid' of Juventus
Fonseca: Milan not afraid of Juve
'Right guy at the right time' - Amorim confident of changing Man Utd's fortunes
Amorim confident of making impact
'It's a shame' - Alonso confirms Leverkusen's Boniface out with thigh injury
Boniface out with thigh injury
Girona handed huge injury boosts ahead of Espanyol clash
Girona handed injury boosts
Flick: Barcelona need to learn how to win without Yamal
Flick: Barca do not have Yamal
'If we get relegated, I will be here', says Guardiola amid Man City charges
Guardiola make Man City promise
Simeone grateful to hit landmark 700th game with Atletico
Simeone grateful to reach 700 games
Holders Spain drawn against the Netherlands in Nations League quarters
Spain drawn against the Netherlands