Stephen Curry tidak akan beraksi sepanjang dua minggu ini tetapi Golden State Warriors memaklumkan bahawa pemain bintang mereka itu sedang menunjukkan perkembangan positif.

MVP Finals NBA itu mengalami kecederaan bahu awal bulan ini dan pada awalnya dijangka perlu direhatkan selama beberapa minggu.

Pasukan juara empat kali itu tidak mahu memberikan jangka masa lebih tepat mengenai penyembuhan pemain mereka itu tetapi penyokong Warriors sedar bahawa Curry tidak akan beraksi sekurang-kurangnya untuk dua minggu lalu.

Perkembangan baru yang diterbitkan Warriors malam tadi berkata: "Stephen Curry, yang mengalami kecederaan di bahu kirinya di Indiana pada 14 Disember lalu dan terlepas empat perlawanan terakhir, telah menjalani ujian lanjut.

"Ujian berkenaan menunjukkan perkembangan baik buat Stephen. Dia akan sekali lagi menjalani ujian dalam masa dua minggu ini."