Rumah Lelongan British Bonhams mendedahkah sehelai napkin yang digunakan untuk memeterai kontrak awal Lionel Messi dengan Barcelona dijual pada harga $965,000 (RM4.5j).

Perjanjian yang pada dasarnya untuk menandatangani Messi yang ketika itu berusia 13 tahun telah ditulis di atas sehelai napkin hampir 25 tahun lalu di sebuah kelab tenis Barcelona.

Kemudian kontrak yang lebih formal dan terperinci dengan kelab itu menyusul.

Napkin yang bertarikh 14 Disember 2000 itu mengandungi tandatangan Horacio Gaggioli, seorang lagi ejen, Josep Maria Minguella, dan Pengarah Sukan Barcelona ketika itu, Carles Rexach, ketika mereka mengadakan pertemuan di sebuah kelab tenis.




Bonhams berkata lelongan itu adalah bagi pihak ejen dari negara asal Messi di Argentina, Gaggioli, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

Kontrak yang ditulis dengan dakwat biru itu bertujuan untuk meyakinkan bapa pemain berkenaan, Jorge Messi, yang mengancam untuk membawa anaknya pulang ke Argentina berikutan rundingan dengan Barcelona berdepan kebuntuan.