Ammar Hakim
Fri Apr 05 2024
Fabio Quartararo akan kekal bersama Yamaha sehingga 2026 selepas bekas juara MotoGP itu menandatangani lanjutan kontrak dua tahun, umum pengeluar jentera dari Jepun itu semalam.
Quartararo memenangi kejuaraan MotoGP bersama Yamaha pada 2021 selepas menggantikan Valentino Rossi pada tahun sama, namun pelumba berusia 24 tahun tersebut sejak itu bergelut ketika pesaing Ducati mendominasi kelas perdana dengan jentera unggul.
Pada 2022, pelumba kelahiran Perancis itu mempersiakan kelebihan 91 mata untuk muncul juara apabila dijinakkan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia.
Tahun lalu pelumba Yamaha itu hanya berjaya meraih tiga podium selain menduduki tempat ke-10 kedudukan terendah dalam kempen kejuaraan.
Sebelum ini terdapat spekulasi Quartararo akan mencari destinasi baharu ketika kontraknya menuju pengakhiran pada penghujung 2024 selepas kecewa dengan prestasi jentera, namun kini telah melanjutkan khidmat bersama Yamaha.
“Saya sangat gembira untuk mengumumkan akan meneruskan pengembaraan bersama dengan warna biru.
“Musim sejuk lalu Yamaha membuktikan kepada saya bahawa mereka mempunyai pendekatan dan minda agresif baharu. Keyakinan saya tinggi: Kami akan kembali di hadapan bersama-sama,” kata Quartararo.
Sementara itu, pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis mengakui mengekalkan Quartararo adalah penting dalam projek MotoGP ketika pasukan tersebut bertekad kembali ke landasan kemenangan.
“Kami adalah orang pertama yang mengakui bahawa terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan untuk kembali ke tahap kompetitif seperti pada 2021 dan separuh pertama 2022. Tetapi dengan Fabio anda tahu dia akan sentiasa memberikan 100 peratus usaha terbaiknya..
“Kami juga telah membuat perubahan ketara kepada organisasi termasuk sistem pengurusan dalaman baharu, pengambilan kepakaran tertinggi dalam industri, perkongsian teknikal luaran baharu, peningkatan belanjawan pembangunan dan program ujian yang dipergiatkan,” katanya.-Sinar
MotoGP: Quartararo sambung bakti bersama Yamaha
Fabio Quartararo akan kekal bersama Yamaha sehingga 2026 selepas bekas juara MotoGP itu menandatangani lanjutan kontrak dua tahun, umum pengeluar jentera dari Jepun itu semalam.
MotoGP: SIC masih berurusan dengan Dorna
Liberty Media bersetuju membeli MotoGP menerusi perjanjian bernilai RM21.3 billion.
Habib kembali bergandingan dengan Hafizh Syahrin di JDT Racing Team?
Mekanik Malaysia pertama di pentas MotoGP, Habibtullah Mohd Fuad, kini sedang hangat dikaitkan untuk kembali bergandingan dengan Hafizh Syahrin di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bersama pasukan baru, JDT Racing team.
Pedro Acosta malukan Marquez & Bagnaia di Portimao
Berakhirnya perlumbaan epik di GP Portugal di mana Jorge Martin raih podium pertama musim ini
MotoGP: Jorge Martin tiru lagak CR7 ketika rai kemenangan GP Portugal
Jorge Martin (Prima Pramac Racing) muncul juara Grand Prix Portugal dalam perlumbaan yang menakjubkan.
Ducati ikat jelmaan Marc Marquez untuk musim 2025
Bintang Moto2, Fermin Aldeguer bakal membuat debut MotoGP pada 2025 selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Ducati Corse pada isnin
Marquez mula bimbang dengan hasil yang mampu dicipta bersama Ducati
Taktikal dan cara mengendalikan jentera Ducati amat jelas memiliki perbezaan yang ketara terutamanya sistem breaking yang dimiliki menjadikan ia lebih sukar untuk mengawal jentera buatan Itali itu di setiap selekoh.
MotoGP: Ducati Lenovo Team perkenal jentera baru, bakal debut di litar Sepang
Ducati Lenovo Team lalui era terbaik elepas dua tahun mengujakan buat mereka apabila penunggang mereka, Francesco Bagnaia, berjaya raih gelaran juara dunia buat dua kali berturut-turut
Litar Sepang medan kedua Marquez uji keserasian bersama Ducati
Tempoh tiga hari di Sepang menjadi indikator terbaik untuk mengukur kemampuan terkini Marquez bersama Ducati.
Saya tak suka bandingkan perbezaan motosikal secara terbuka - Marc Marquez
Agak teruja sebenarnya untuk melihat aksi tunggangan pertama juara dunia enam kali MotoGP Macr Marquez bersama Gresini Ducati bagi musim baharu MotoGP selepas berpisah dengan pasukan Honda yang berjaya menjulang namanya selama 11 tahun.
Dyche still demanding 'the hard yards' from Everton despite Premier League safety
Everton head to Luton Town knowing their safety is secured after the Toffees reeled off three Premier League wins on the spin.
Grealish praises 'togetherness' in Man City's squad during title charge
Grealish: Togetherness is key
Postecoglou praises Pochettino's success at Spurs
Ahead of Tottenham's game against Chelsea on Thursday, Ange Postecoglou gave credit to the work that Mauricio Pochettino did for the club.
Rangnick turns down Bayern to stay in Austria job
Rangnick to remain with Austria
'We'll be better for Game 6' - Lue backs Clippers to make big improvement
The Clippers are one game away from making an early exit from the playoffs after playing their worst game of the season against Dallas.
Irving hails Doncic's resilience after star turn against Clippers
Irving lauds Mavs star Doncic
Celtics are 'learning from mistakes' after series win over Heat
The Boston Celtics avenged their 2023 playoff defeat to the Miami Heat in style by finishing off a comfortable 4-1 series win on Wednesday.
Dortmund boss Terzic not surprised by Sancho's quality
Terzic not surprised by Sancho
Luis Enrique hoping for home comforts in semi-final second leg
PSG must make home advantage count
NBA: Celtics rout Heat to reach East semis; Mavericks cruise to 3-2 lead
The Celtics never trailed and rolled into the Eastern Conference semifinals with an easy win while the Mavs went up 3-2 on the Clippers